Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.bi.lan] | سمبيلن

Definisi : bilangan sepuluh kurang satu (9); ~ belas 19; ~ puluh 90; ~ ratus 900; bersembilan sembilan (orang dsb) bersama-sama sekali, sembilan (orang dsb) semuanya: kami ~ ditempatkan di sebuah rumah lain; kesembilan (peringkat, bilangan dsb) yg nombor sembilan: banjir ini adalah kali yg ~ berlaku di sini; dia merupakan anak yg ~ drpd sebelas orang adik beradik; kesembilan-sembilan semua seramai atau sebanyak sembilan (orang dsb) sekali: ~ anak­nya berhari raya di kampung pd tahun ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.bi.lan] | سمبيلن

Definisi : bilangan sepuluh kurang satu; 9: ~ belas 19; ~ puluh 90. bersembilan bersama-sama dlm kumpulan sembilan orang; sembilan jumlahnya: Mereka ~ telah pergi ke sana. kesembilan (peringkat, bilangan dsb) yg nombor sembilan: Dia mendapat tempat ~ dlm acara merentas desa. kesembilan-sembilan semuanya sembilan (orang dsb) serentak: ~ murid itu mendapat hadiah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sembilan

Puisi
 

Sembilan belas kereta pedati,
     Hendak pergi negeri China;
Kalau abang rasa nak mati,
     Adik hendak mati bersama.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Pasangan jerat sembilan mata,
     pelanduk terjerat terkial-kial,
mata satu (pisau) penyudahnya.

Bermaksud :

Bergotong-royong mengerjakan sesuatu usaha yang berat tetapi yang mendapat faedahnya hanya seorang saja. terkial-kial = bergerak sekuat-kuatnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
nineadj sembilan; (denoting particular member of a class) sembilan + approp classifier: ~ o’clock, pukul sembilan; there were ~ people, ada sembilan orang; ~ years ago, sembilan tahun yg lalu; ~ steps, sembilan anak tangga; they have ~ children, mereka mempunyai sembilan orang anak; she keeps ~ dogs and a dozen cats, dia memelihara sembilan ekor anjing dan dua belas ekor kucing; ~ times out of ten, hampir setiap kali; a ~ day’s wonder, menjadi kehebohan sekejap: the arms sale scandal was a ~ day’s wonder, skandal penjualan senjata itu telah menjadi kehebohan sekejap; ~ - tenths, (fig.) hampir semua;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ninen 1. (cardinal number) sembilan: number ~, nombor sembilan; ~ of hearts, sembilan lekuk; 2.a. nine o’clock, /pukul, jam/ sembilan: the show starts at ~, pertunjukan bermula pd pukul sembilan; b. nine minutes, sembilan minit; it is now ~ past eleven, waktu sekarang pukul sebelas sembilan minit; 3. size denoted by nine, saiz sembilan: she used to wear a ~, dulu dia memakai saiz sembilan; 4. nine years old, sembilan tahun: she’ll be ~ this year, tahun ini, umurnya sembilan tahun;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tenure4. period of holding property, tempoh pemegangan: property held on a ninety-nine year ~, hartanah yg dipegang selama tempoh pemegangan sembilan puluh sembilan tahun;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
nonagenarianadj & n (orang yg) berumur sembilan puluhan: his ~ uncle, bapa saudaranya yg berumur sembilan puluhan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ninetyn 1. (number) sembilan puluh; 2. ninety years old, sembilan puluh tahun;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
nineteenn 1. (number) sembilan belas; 2. nineteen years old, sembilan belas tahun.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ninefoldadj & adv nine times as much, sembilan kali ganda: a ~ increase in production, pertambahan pengeluaran sembilan kali ganda.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
nineteenthn 1. (in a series or succession) yg kesembilan belas; 2. nineteenth day of the month, sembilan belas hari bulan: what happened on the ~?, apakah yg terjadi pd sembilan belas hari bulan?; 3. one of nineteen equal parts, satu persembilan belas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ninetyadj sembilan puluh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
nineteenadj sembilan belas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas