Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.bi.lan] | سمبيلن

Definisi : bilangan sepuluh kurang satu (9); ~ belas 19; ~ puluh 90; ~ ratus 900; bersembilan sembilan (orang dsb) bersama-sama sekali, sembilan (orang dsb) semuanya: kami ~ ditempatkan di sebuah rumah lain; kesembilan (peringkat, bilangan dsb) yg nombor sembilan: banjir ini adalah kali yg ~ berlaku di sini; dia merupakan anak yg ~ drpd sebelas orang adik beradik; kesembilan-sembilan semua seramai atau sebanyak sembilan (orang dsb) sekali: ~ anak­nya berhari raya di kampung pd tahun ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.bi.lan] | سمبيلن

Definisi : bilangan sepuluh kurang satu; 9: ~ belas 19; ~ puluh 90. bersembilan bersama-sama dlm kumpulan sembilan orang; sembilan jumlahnya: Mereka ~ telah pergi ke sana. kesembilan (peringkat, bilangan dsb) yg nombor sembilan: Dia mendapat tempat ~ dlm acara merentas desa. kesembilan-sembilan semuanya sembilan (orang dsb) serentak: ~ murid itu mendapat hadiah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sembilan

Puisi
 

Sembilan belas kereta pedati,
     Hendak pergi negeri China;
Kalau abang rasa nak mati,
     Adik hendak mati bersama.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Pasangan jerat sembilan mata,
     pelanduk terjerat terkial-kial,
mata satu (pisau) penyudahnya.

Bermaksud :

Bergotong-royong mengerjakan sesuatu usaha yang berat tetapi yang mendapat faedahnya hanya seorang saja. terkial-kial = bergerak sekuat-kuatnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTinggi Bukit Langgang Puan, Tempat kemuning rampak jua; Buat sembilan pulau sembilan, Lenggangnya kini nampak jua.
Kurik Kundi Merah SagaSembilan belas kereta pedati, Hendak pergi negeri China; Kalau abang rasa nak mati, Adik hendak mati bersama.
Kurik Kundi Merah SagaSembilan belas kereta pedati, Hendak pergi negeri China; Kalau abang rasa nak mati, Adik hendak mati bersama.
Kurik Kundi Merah SagaKaju-kaju sembilan panjang, Pulas-pulasan si daun kayu; Tujuh tahun sembilan bulan, Ingat-ingatan datanglah selalu.
Kurik Kundi Merah SagaKaju-kaju sembilan panjang, Pulas-pulasan si daun kayu; Tujuh tahun sembilan bulan, Ingat-ingatan datanglah selalu.
Kurik Kundi Merah SagaTebang tebu Sungai Rengit, Tujuh batang sembilan buku; Cuba hitung bintang di langit, Tujuh laksa sembilan ribu.
Kurik Kundi Merah SagaPulau Sembilan jauh dipandang, Masuk melalui Selat Punggur; Harap kasihnya pohon yang rendang, Hamba mabuk asyik tafakur.
Kurik Kundi Merah SagaPelanduk punca sembilan, Anak di dalam isi sepuluh; Harap hati nak tidur bertilam, Tubuh tergolek di lantai buluh.
Kurik Kundi Merah SagaPerahu baru sembilan baru, Baru sekali masuk Melaka; Adik baru abang pun baru, Baru sekali bertentang mata.
Kurik Kundi Merah SagaAnak ayam turun sembilan, Mati seekor tinggalnya lapan; Akan bekalan hari kemudian, Di dalam kubur berdinding papan.
1234

Kembali ke atas