Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.bi.lan] | سمبيلن

Definisi : bilangan sepuluh kurang satu (9); ~ belas 19; ~ puluh 90; ~ ratus 900; bersembilan sembilan (orang dsb) bersama-sama sekali, sembilan (orang dsb) semuanya: kami ~ ditempatkan di sebuah rumah lain; kesembilan (peringkat, bilangan dsb) yg nombor sembilan: banjir ini adalah kali yg ~ berlaku di sini; dia merupakan anak yg ~ drpd sebelas orang adik beradik; kesembilan-sembilan semua seramai atau sebanyak sembilan (orang dsb) sekali: ~ anak­nya berhari raya di kampung pd tahun ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.bi.lan] | سمبيلن

Definisi : bilangan sepuluh kurang satu; 9: ~ belas 19; ~ puluh 90. bersembilan bersama-sama dlm kumpulan sembilan orang; sembilan jumlahnya: Mereka ~ telah pergi ke sana. kesembilan (peringkat, bilangan dsb) yg nombor sembilan: Dia mendapat tempat ~ dlm acara merentas desa. kesembilan-sembilan semuanya sembilan (orang dsb) serentak: ~ murid itu mendapat hadiah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sembilan

Puisi
 

Sembilan belas kereta pedati,
     Hendak pergi negeri China;
Kalau abang rasa nak mati,
     Adik hendak mati bersama.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Pasangan jerat sembilan mata,
     pelanduk terjerat terkial-kial,
mata satu (pisau) penyudahnya.

Bermaksud :

Bergotong-royong mengerjakan sesuatu usaha yang berat tetapi yang mendapat faedahnya hanya seorang saja. terkial-kial = bergerak sekuat-kuatnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
tumbuk kalang[tum.bo/ kA.lAN] sejenis permainan muzik tradisional Negeri Sembilan.   
suku biduando[su.ku bi.du.wAn.d] suku peribumi (orang asal Negeri Sembilan).   
umpan bocek[um.pAn b.tSE/] satu daripada lagu bongai, iaitu sejenis lagu tradisi Negeri Sembilan yang bermaksud sejenis ikan.   
tanah mengandung[tA.nAh m«.NAn.duN] gelaran untuk Luak Inas, Ulu Muar, Jempol, Gunung Pasir, Teraci dan Seri Menanti yang terletak di bahagian tengah dan timur Negeri Sembilan.   
luak[lu.wA/]kata namakawasan atau daerah lingkungan pimpinan Dato Undang yang empat di Negeri Sembilan.Undang bokuaso ateh luake.[un.dAN b.ku.wA.s A.tEh lu.wA/.E]Dato’ Undang mempunyai kuasa mutlak dalam daerah pimpinannya.
biduando[bi.duwAn.d]kata adjektifsuku peribumi dalam sistem Adat Perpatih orang asal Negeri Sembilan.Undang dilantek dari suku biduando wareh.[un.dAN di.lAn.tE/ dA.Äi su.ku bi.du.wAn.d wA.ÄEh]Undang dilantik daripada suku Biduando waris.
tomaru I[t.mA.Äu]kata namaTahun Baru Cina.Ari rayo poso dongan tomaru jatoh sorontak pado taon somilan puloh tujoh.[A.Äi ÄA.j p.s d.NAn t.mA.Äu dZA.th s.čn.tA/ pA.d tAon s.mi.lAn pu.loh tu.dZoh]Hari Raya Puasa dengan Tahun Baru Cina jatuh serentak pada tahun sembilan puluh tujuh.

Kembali ke atas