Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.bi.lan] | سمبيلن

Definisi : bilangan sepuluh kurang satu (9); ~ belas 19; ~ puluh 90; ~ ratus 900; bersembilan sembilan (orang dsb) bersama-sama sekali, sembilan (orang dsb) semuanya: kami ~ ditempatkan di sebuah rumah lain; kesembilan (peringkat, bilangan dsb) yg nombor sembilan: banjir ini adalah kali yg ~ berlaku di sini; dia merupakan anak yg ~ drpd sebelas orang adik beradik; kesembilan-sembilan semua seramai atau sebanyak sembilan (orang dsb) sekali: ~ anak­nya berhari raya di kampung pd tahun ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.bi.lan] | سمبيلن

Definisi : bilangan sepuluh kurang satu; 9: ~ belas 19; ~ puluh 90. bersembilan bersama-sama dlm kumpulan sembilan orang; sembilan jumlahnya: Mereka ~ telah pergi ke sana. kesembilan (peringkat, bilangan dsb) yg nombor sembilan: Dia mendapat tempat ~ dlm acara merentas desa. kesembilan-sembilan semuanya sembilan (orang dsb) serentak: ~ murid itu mendapat hadiah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sembilan

Puisi
 

Sembilan belas kereta pedati,
     Hendak pergi negeri China;
Kalau abang rasa nak mati,
     Adik hendak mati bersama.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Pasangan jerat sembilan mata,
     pelanduk terjerat terkial-kial,
mata satu (pisau) penyudahnya.

Bermaksud :

Bergotong-royong mengerjakan sesuatu usaha yang berat tetapi yang mendapat faedahnya hanya seorang saja. terkial-kial = bergerak sekuat-kuatnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tabawan Bj, Slsejenis tarian yang ditarikan dengan iringan muzik kulitangan yang berjumlah sembilan biji, dua gong dan sebiji tambur atau “tambul” dalam pengertian suku kaum yang memiliki tarian Tabawan.Oleh sebab Tarian Tabawan amat menarik perhatian rakyat Sabah, maka tarian berkenaan merupakan acara yang harus dipersembahkan pada acara-acara majlis keramaian seperti perkahwinan, menyambut ketibaan orang kenamaan dan sebagainya.Tarian kaum Suluk diminati ramaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sikutan TbBakul berbentuk bulat, bermulut bujur, berbingkai kejap dengan ikatan rotan beraut halus, anyaman simpai sembilan, keempat-empat bucu bawahnya pula terhias dengan suji rotan beraut bulat yang terikat pada bilah-bilah penahan dengan ikatan tulang belut.“Kalau saya beli sikutan itu tentu Intang mahu jual, bukan?”SikutanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tambur Bj, Slsejenis gendang besar.Pada umumnya tarian ini ditarikan dengan iringan muzik kulintangan yang berjumlah sembilan biji, dua gong dan sebiji tambur atau ‘tambul’ dalam pengertian suku kaum yang memiliki tarian Tabawan.Tarian kaum Suluk diminati ramaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tambul Bj, Slsejenis gendang besar.Pada umumnya tarian ini ditarikan dengan iringan muzik kulintangan yang berjumlah sembilan biji, dua gong dan sebiji tambur atau ‘tambul’ dalam pengertian suku kaum yang memiliki tarian Tabawan.Tarian kaum Suluk diminati ramaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tobon, *taubon* Mrsejenis gong besar (biasanya dipalu utk memberitahu ada kematian).Alat-alat yang digunakan untuk mengiringi tarian tersebut ialah terdiri daripada sembilan buah gong, gendang dan kulintangan di mana-mana masing-masing dinamakan tobon, ketambon, toyogtoygan, tontogan, telutokon, kotang-kotangan, canang dan titikas.Tarian kepingan besiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kotang-kotangan Mrsepuluh batang buluh berukuran paling pendek dan kecil tidak lebih dari 0.5 kaki atau 15 centimeter sahaja yang terdapat pada alat muzik Bakokong.Alat-alat yang digunakan untuk mengiringi tarian tersebut ialah terdiri daripada sembilan buah gong, gendang dan kulintangan di mana-mana masing-masing dinamakan tobon, ketambon, toyogtoygan, tontogan, telutokon, kotang-kotangan, canang dan titikas.Tarian kepingan besiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas