Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.bi.lan] | سمبيلن

Definisi : bilangan sepuluh kurang satu (9); ~ belas 19; ~ puluh 90; ~ ratus 900; bersembilan sembilan (orang dsb) bersama-sama sekali, sembilan (orang dsb) semuanya: kami ~ ditempatkan di sebuah rumah lain; kesembilan (peringkat, bilangan dsb) yg nombor sembilan: banjir ini adalah kali yg ~ berlaku di sini; dia merupakan anak yg ~ drpd sebelas orang adik beradik; kesembilan-sembilan semua seramai atau sebanyak sembilan (orang dsb) sekali: ~ anak­nya berhari raya di kampung pd tahun ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.bi.lan] | سمبيلن

Definisi : bilangan sepuluh kurang satu; 9: ~ belas 19; ~ puluh 90. bersembilan bersama-sama dlm kumpulan sembilan orang; sembilan jumlahnya: Mereka ~ telah pergi ke sana. kesembilan (peringkat, bilangan dsb) yg nombor sembilan: Dia mendapat tempat ~ dlm acara merentas desa. kesembilan-sembilan semuanya sembilan (orang dsb) serentak: ~ murid itu mendapat hadiah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sembilan

Puisi
 

Sembilan belas kereta pedati,
     Hendak pergi negeri China;
Kalau abang rasa nak mati,
     Adik hendak mati bersama.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Pasangan jerat sembilan mata,
     pelanduk terjerat terkial-kial,
mata satu (pisau) penyudahnya.

Bermaksud :

Bergotong-royong mengerjakan sesuatu usaha yang berat tetapi yang mendapat faedahnya hanya seorang saja. terkial-kial = bergerak sekuat-kuatnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Sembilan Puluh SembilanS.PanitUtusan Zaman01.06.1969
Sembilan Belas Sembilan PuluhZabinis B.MWatan01.12.1986
Sembilan perbuatan bawa kepada murtadWan Mihd Saghir AbdullahBerita Harian15.08.2006
Sembilan Suara guruhAihrabBacaria30.06.1993
Sembilan kawasan rukun tetangga sertai malam seniTiadaUtusan Melayu23.09.1994
Sembilan belas acara menghiasi Minggu Sastera 1994ArafahMingguan Utara25.09.1994
Sembilan penulis diumum pemenang Hadiah SasteraTiadaUtusan Malaysia06.09.1994
Sembilan cabaran DBP - Aziz DeramanZainal Rashid AhmadUtusan Malaysia15.08.1994
Sembilan penyair di Puisi RamadanTiadaBerita Harian30.03.1991
Sembilan juri tidak mudah terpengaruhAdam SallehHarian Metro01.06.1991
12345678910...

Kembali ke atas