Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.bi.lan] | سمبيلن

Definisi : bilangan sepuluh kurang satu (9); ~ belas 19; ~ puluh 90; ~ ratus 900; bersembilan sembilan (orang dsb) bersama-sama sekali, sembilan (orang dsb) semuanya: kami ~ ditempatkan di sebuah rumah lain; kesembilan (peringkat, bilangan dsb) yg nombor sembilan: banjir ini adalah kali yg ~ berlaku di sini; dia merupakan anak yg ~ drpd sebelas orang adik beradik; kesembilan-sembilan semua seramai atau sebanyak sembilan (orang dsb) sekali: ~ anak­nya berhari raya di kampung pd tahun ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.bi.lan] | سمبيلن

Definisi : bilangan sepuluh kurang satu; 9: ~ belas 19; ~ puluh 90. bersembilan bersama-sama dlm kumpulan sembilan orang; sembilan jumlahnya: Mereka ~ telah pergi ke sana. kesembilan (peringkat, bilangan dsb) yg nombor sembilan: Dia mendapat tempat ~ dlm acara merentas desa. kesembilan-sembilan semuanya sembilan (orang dsb) serentak: ~ murid itu mendapat hadiah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sembilan

Puisi
 

Sembilan belas kereta pedati,
     Hendak pergi negeri China;
Kalau abang rasa nak mati,
     Adik hendak mati bersama.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Pasangan jerat sembilan mata,
     pelanduk terjerat terkial-kial,
mata satu (pisau) penyudahnya.

Bermaksud :

Bergotong-royong mengerjakan sesuatu usaha yang berat tetapi yang mendapat faedahnya hanya seorang saja. terkial-kial = bergerak sekuat-kuatnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
protein plasma, pembuluh darah, otot licin dan hujung saraf. Tindakan ini menyebabkan dilasi pembuluh darah dan peradangan tisu sekeliling. (FAR) kinocillium (kinosilium) Silium yang mengandungi sepasang mikrofibril di pusat dan sembilan pasang di pinggir yang bermula dari apeks sel rambut di dalam semua telinga verte- brat selain mamalia. (BIO) kip (kip) Unit ukuran daya yang bersamaan dengan 4448.22 newton. (KEJ energy value (jumlah nilai tenaga) Jumlah kilojoule atau kilokalori tenaga yang dibebaskan daripada pembakar- an bahan makanan dalam tubuh. Lemak, karbohidrat dan protein merupakan sumber tenaga yang masing-masing membekalkan sembilan, empat dan empat kilokalori bagi setiap satu gram makanan yang diambil. (TEKMA) total liquid knockout (knockout cecair keseluruhan) Alat pemisah yang digunakan untuk memisahkan cecair daripada gas yang ter- dapat

Kembali ke atas