Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.bi.lan] | سمبيلن

Definisi : bilangan sepuluh kurang satu (9); ~ belas 19; ~ puluh 90; ~ ratus 900; bersembilan sembilan (orang dsb) bersama-sama sekali, sembilan (orang dsb) semuanya: kami ~ ditempatkan di sebuah rumah lain; kesembilan (peringkat, bilangan dsb) yg nombor sembilan: banjir ini adalah kali yg ~ berlaku di sini; dia merupakan anak yg ~ drpd sebelas orang adik beradik; kesembilan-sembilan semua seramai atau sebanyak sembilan (orang dsb) sekali: ~ anak­nya berhari raya di kampung pd tahun ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.bi.lan] | سمبيلن

Definisi : bilangan sepuluh kurang satu; 9: ~ belas 19; ~ puluh 90. bersembilan bersama-sama dlm kumpulan sembilan orang; sembilan jumlahnya: Mereka ~ telah pergi ke sana. kesembilan (peringkat, bilangan dsb) yg nombor sembilan: Dia mendapat tempat ~ dlm acara merentas desa. kesembilan-sembilan semuanya sembilan (orang dsb) serentak: ~ murid itu mendapat hadiah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sembilan

Puisi
 

Sembilan belas kereta pedati,
     Hendak pergi negeri China;
Kalau abang rasa nak mati,
     Adik hendak mati bersama.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Pasangan jerat sembilan mata,
     pelanduk terjerat terkial-kial,
mata satu (pisau) penyudahnya.

Bermaksud :

Bergotong-royong mengerjakan sesuatu usaha yang berat tetapi yang mendapat faedahnya hanya seorang saja. terkial-kial = bergerak sekuat-kuatnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Keris RantaiKeris RantaiKerisTiadaKeris Sundang yang mempunyai sembilan hingga sembilan belas keluk. Sin: Keris Limone.
التساعياتtusā’iyyātAgama IslamHadithḤadīth yang sanadnya di antara pengumpul Ḥadīth itu dengan Rasul terdapat sembilan orang perawi dari sembilan lapisan iaitu sahabat, tabi’in, tabi’ tabi’in dan enam tabi’ berikutnya.
first ninesembilan pertamaSukanTiadaTiada
front ninesembilan depanSukanTiadaTiada
back ninesembilan akhirSukanTiadaTiada
second ninesembilan keduaSukanTiadaTiada
the nine worthiessembilan jasawanKesusasteraanTiadaTiada
اخرجه التسعةriwayat sembilanAgama IslamHadithḤadīth yang diriwayatkan oleh Bukhariy, Muslim, Abū Daūd, Tirmidhy, Nasā’iy, Ibn Mājah, Mālik, Ahmad Ibn Hambal dan Dārimiy di dalam sunan/musnad mereka dengan sanad dan matannya.
nine's complementpelengkap sembilanKejuruteraanTiadaTiada
nine's complementpelengkap sembilanKomputerTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas