Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.buh] | سمبوه

Definisi : menjadi sihat kembali (orang sakit), pulih (drpd sakit, penyakit), baik, betah: orang-orang yg sakit itu akan ~ semula dgn segera; maka apabila ~ lukanya, maka baliklah ia ke Pagar Ruyung; menyembuhkan menjadikan sembuh (baik, betah), mengubati (supaya sembuh): jangan­lah pula kamu berharap doktor itu boleh ~ penyakit itu dlm beberapa hari sahaja; kesembuhan perihal sembuh; penyembuhan perihal menyembuhkan, pemu-lihan; penyembuh (sesuatu) yg menyembuhkan: tiada ubat ~ utk penyakit AIDS. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.buh] | سمبوه

Definisi : kembali menjadi sihat (ba­gi orang yg menghidap sesuatu pe­nyakit); baik semula; pulih: Lukanya sudah ~. menyembuhkan mengubati sehingga sembuh; menjadikan sembuh: Taj-ul-Muluk pun pergilah mengembara mencari ubat utk ~ penyakit ayahandanya. kesembuhan keadaan atau hal sembuh: Rawatan itu tidak menjamin ~ sepenuhnya. penyembuhan perbuatan atau hal menyembuhkan: Mereka ber­usaha mencari kaedah ~ yg berkesan utk penyakit itu. penyembuh ubat atau sesuatu yg menyembuhkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sembuh (adjektif)
Bersinonim dengan sihat kembali, pulih, baik, betah, siar, segar, waras, uras;,
Kata Terbitan : menyembuhkan, kesembuhan, penyembuhan,

Puisi
 

Air dalam bertambah dalam,
     Hujan dahulu belumlah teduh;
Hati dendam bertambah dendam,
     Luka dahulu belumlah sembuh.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, 1.Ibu menyuapkan ubat ke dalam mulut adik supaya cepat sembuh. 2 Ibu menyuapkan ubat ke dalam mulut adik supaya adik cepat sembuh. (Yang manakah merupakan ayat gramatis?)Kalau salah minta perbetulkan. 3.Ibu menyuapkan ubat kepada adik.(Adakah kata sendi nama "kepada" sesuai digunakan?) 4.Seorang pengawal keselamatan memegang papan tanda "Berhenti" di tengah-tengah jalan raya.(Adakah tanda baca pemetik seperti yang ditaip perlu digunakan?)Sila beri penjelasan. Terima kasih.

1. Ayat yang pertama betul, iaitu “Ibu menyuapkan ubat ke dalam mulut adik supaya cepat sembuh”.

2. Dalam ayat kedua, perkataan “adik” tidak perlu diulang. Ayat yang betul ialah “Ibu menyuapkan ubat ke dalam mulut adik supaya cepat sembuh”.

3. Perkataan “menyuapkan” dalam konteks ayat yang diberikan bermaksud memasukkan makanan dan lain-lain ke dalam mulut seseorang. Sehubungan dengan itu, penggunaan kata sendi nama “kepada” dalam ayat yang diberikan tidak betul. Ayat yang betul ialah “Ibu menyuapkan ubat ke dalam mulut adik”.  

4. Menurut buku Gaya Dewan, tanda petik ("/") digunakan untuk tujuan tertentu seperti mengapit cakap ajuk, mengapit judul dan mengapit istilah ilmiah. Sehubungan dengan itu, dalam ayat “Seorang pengawal keselamatan memegang papan tanda “Berhenti” di tengah-tengah jalan raya”, penggunaan tanda petik (“/”) pada perkataan “Berhenti” tidak perlu digunakan.  
Tatabahasa15.09.2022
______, bilakah aku akan sembuh daripada penyakit ini ! a. dari b.oleh c.cis d.aduhai Kami hadapi masalah dengan soalan ini. Tolong balas segeraKata seru yang tepat untuk ayat ini ialah aduhai.  Kata aduhai adalah utk melahirkan rasa sedih (rintihan dsb): ~ kekanda! Sampai beginilah nasib adinda.Tatabahasa01.06.2010
1.Saya mengucapkan semoga cepat sembuh kepada Ali. Adakah ayat di atas betul?

Ayat tersebut betul.

Tatabahasa14.04.2010
Selamat pagi. Apakah perkataan yang sesuai bagi "discharge" yang bermaksud pesakit yng sembuh dibenarkan keluar dari hospital? Terima kasih.Padanan dalam bahasa Melayu yang paling sesuai untuk "discharge" yang dimaksudkan ialah "daftar keluar".Makna05.01.2021
Kepastian tentang penggunaan 'agar' dan 'supaya'?Agar bermaksud supaya dan semoga. Contoh penggunaan agar seperti yang berikut: Awak harus makan ubat agar cepat sembuh.

Definisi supaya ialah mudah-mudahan tercapai atau sampai maksudnya, agar; hendaknya. Contoh penggunaan supaya seperti yang berikut: Belajarlah daripada kesilapan supaya kamu tidak mengulanginya kembali.

Penggunaan agar dan supaya boleh digunakan pada kedua-dua contoh ayat yang dinyatakan di atas.
Makna06.02.2019
Adakah sihat boleh digunakan untuk haiwan seperti dalam ayat kucing itu sudah sihat.. terima kadihDalam konteks ini, pemilihan kata yang betul ialah “Kucing itu sudah sembuh”.Makna18.03.2014
Salam sejahtera. Saya ingin tahu tentang perbezaan antara prihatin tentang dengan prihatin terhadap. Yang manakah ayat-ayat di bawah adalah betul? 1. Ibu bapa prihatin tentang / prihatin terhadap pelajaran anak-anak di sekolah. 2. Ali prihatin tentang / terhadap keadaan kesihatan datuknya yang baru sembuh daripada penyakitnya.

Ayat yang betul ialah:

1. Ibu bapa prihatin tentang pelajaran anak-anak di sekolah.

2. Ali prihatin tentang keadaan kesihatan datuknya yang baru sembuh daripada penyakitnya.

Kata sendi nama tentang digunakan sebagai unsur rujukan sesuatu yang tidak tentu, umum atau mujarad manakala kata sendi nama terhadap digunakan sebagai unsur rujukan yang melibatkan penyambut tertentu sama ada manusia, haiwan, atau benda. Contoh: Jangan bersikap biadap terhadap orang tua. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tokoh11.05.2021
Tuan/Puan. Bagaimanakah kita dapat membezakan perkataan 'menghidap' dan 'menghidapi'. Berdasarkan takrif yang diberikan secara online, menghidapi ialah menang­gung sesuatu penyakit dgn lama(kamus dewan) manakala menghidap ialah menanggung atau menderita sesuatu penyakit yg tidak mudah sembuh(kamus pelajar). Terima kasih.Perkataan menghidap dan menghidapi sama sahaja maksud, namun perkataan menghidap lebih banyak digunakan berbanding dengan menghidapi.Tatabahasa17.03.2014
Apakah perbezaan penggunaan "agar" dan "supaya"?

Perkataan agar dan supaya merupakan kata hubung pancangan keterangan. Agar bermaksud supaya dan semoga. Contoh penggunaan agar seperti yang berikut: Awak harus makan ubat agar cepat sembuh.

Definisi supaya ialah mudah-mudahan tercapai atau sampai maksudnya, agar; hendaknya. Contoh penggunaan supaya seperti yang berikut: Belajarlah daripada kesilapan supaya kamu tidak mengulanginya kembali.

Penggunaan agar dan supaya boleh digunakan pada kedua-dua contoh ayat yang dinyatakan di atas.
Tatabahasa05.08.2021
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Setelah dibuat rujukan di gerbang kata menunjukkan perkataan "puleh" tiada dalam senarai gerbang kata dbp. Soalan saya. Adakah benar perkataan puleh tidak membawa maksud pulih/sihat?Ejaan yang betul ialah pulih yang bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula), sembuh atau baik semula (daripada sakit dan lain-lain) atau menjadi baik (baharu lagi)Ejaan26.07.2021
12

Kembali ke atas