Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.men] | سيمن

Definisi : (sémen) (Bio) cecair beralkali yg mengandungi sperma dan bahan bernutrien, yg dihasilkan oleh lelaki atau haiwan jantan, mani. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.men] | سيمن

Definisi : /sémen/ ist cecair yg me­ngandungi sperma, yg dihasilkan oleh orang lelaki atau haiwan jantan; mani. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata semen


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
semen diluentpencair semenPenternakanGenetik dan PembiakbakaanCecair yang digunakan untuk mencairkan semen. Pencair semen mengandungi pelbagai bahan untuk melindungi sperma semasa proses krioawetan. Pencair semen akan dicampurkan dengan semen segar sebelum dikrioawet. Sinonim pengekal semen
semen examinationpemeriksaan semenPenternakanGenetik dan PembiakbakaanProses penilaian semen selepas dikumpulkan. Pemeriksaan semen dapat menentukan kualiti semen. Contoh kualiti semen yang diperiksa adalah seperti isi padu, warna, kemotilan, keabnormalan, nisbah hidup kepada mati dan kepekatan.
semen freezingpembekuan semenPenternakanGenetik dan PembiakbakaanProses ke atas semen untuk membolehkan semen disimpan dalam tempoh yang lama selepas dikumpulkan. Lazimnya, selepas semen dikumpulkan, penilaian akan dibuat ke atas semen tersebut terlebih dahulu sebelum dibekukan. Pembekuan semen dilakukan sehingga mencapai suhu -196° Celsius.
semen qualitykualiti semenPenternakanGenetik dan PembiakbakaanPenunjuk aras prestasi haiwan jantan berpandukan semen yang dihasilkannya. Kualiti semen diukur berdasarkan kuantiti, kualiti dan tahap kejayaan persenyawaan. Penurunan kualiti semen yang melampau merupakan faktor utama kemandulan haiwan jantan.
frozen semensemen sejuk bekuPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSemen yang dikumpulkan, dianalisis dan disimpan dalam cecair nitrogen pada suhu −196°C (−321°F) untuk kegunaan masa depan dalam permanian beradas. Semen sejuk beku pada suhu ini boleh disimpan dalam tempoh jangka masa yang lama.
semensemenPenternakanGenetik dan PembiakbakaanCecair keputihan yang dihasilkan dari trakus pembiakan jantan. Semen mengandungi spermatozoa yang terampai dalam rembesan kelenjar aksesori haiwan jantan yang terdiri daripada kelenjar vesikel seminal, prostat dan bulbouretra. Sinonim cairan semen.
semen preservationpengawetan semenPenternakanGenetik dan PembiakbakaanProses untuk mengawet semen pada suhu -196° Celsius. Proses pengawetan semen ini juga dikenali sebagai krioawetan. Semen yang dikrioawet boleh disimpan dalam tempoh yang lama untuk digunakan dalam permanian beradas.
semen collectionpengumpulan semenPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKaedah yang digunakan untuk mengumpul semen daripada haiwan jantan. Contoh pengumpulan semen daripada haiwan jantan adalah dengan menggunakan vagina tiruan dan elektroejakulasi. Semen yang dikumpulkan ini akan dinilai untuk menentukan kualitinya.
semen seminal defectkecacatan seminal semenPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKualiti kandungan semen yang tidak mencapai tahap normal. Kecacatan seminal semen akan mengurangkan kualiti semen dan penghasilan anak.
semen characteristicciri semenPenternakanGenetik dan PembiakbakaanAsas pertimbangan untuk menentukan nilai semen yang dikumpulkan daripada haiwan jantan. Ciri semen yang dinilai merangkumi isi padu, warna, kemotilan, kepekatan dan keabnormalan morfologi sperma.
123456789

Kembali ke atas