Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.me.nan.jung] | سمننجوڠ

Definisi : tanah yg menganjur panjang ke laut, jazirah: S~ Tanah Melayu; ~ Arab; kesemenanjungan keadaan yg menunjuk­kan ciri-ciri semenanjung: ciri-ciri ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.me.nan.jung] | سمننجوڠ

Definisi : tanah yg menganjur panjang ke laut: ~ Tanah Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata semenanjung


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
semenanjung Malaysia atau Semenanjung MalaysiaEjaan yang betul ialah Semenanjung Malaysia.Ejaan01.04.2021
Pantai timur semenanjung Malaysia / Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Yang manakah ejaan yang tepat?Ejaan yang tepat ialah Pantai Timur Semenanjung Malaysia.Ejaan07.04.2022
Apabila kita menulis perkataan semenanjung dalam konteks di dalam Malaysia, perlukah kita menulis perkataan Malaysia atau memadai perkataan semenanjung sahaja. Sebagai contoh: Pegawai Undang-Undang seluruh Semenanjung; atau Pegawai Undang-Undang seluruh Semenanjung Malaysia. Maklum balas tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.Pihak kami mencadangkan supaya diletakkan perkataan Malaysia kerana semenanjung boleh membawa maksud yang lain. Sehubungan dengan itu, ayat yang tepat ialah Pegawai Undang-undang di seluruh Semenanjung Malaysia.Lain-lain29.06.2016
Penggunaan Title Case di dalam ayat contohnya, Tragedi tsunami yang berlaku di Pantai Barat Semenanjung Malaysia mengorbankan banyak nyawa. Adakah Pantai Barat Semenanjung itu menggunakan Title Case jika digunakan di dalam ayat?Jawapan yang diperlukan oleh saudara ialah Pantai Barat Semenanjung. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP.Lain-lain19.12.2006
Assalamualaikum & salam takzim. 1. Apakah padanan paling sesuai untuk Gaza "Strip"? Mengapa Kamus Dewan menggunakan padanan "Semenanjung" Gaza sedangkan Gaza dengan jelas bukan sebuah semenanjung seperti jirannya, Sinai? 2. Ejaan "faksimili" pada laman daftar Khidmat Nasihat DBP menimbulkan tanda tanya. Saya pernah diberitahu bahawa ejaan yang betul ialah "faksimile"? Yang mana satu betul? Terima kasih.1. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, padanan bahasa Melayu untuk "Gaza Strip" ialah Semenanjung Gaza.  Penamaan tempat atau kawasan merupakan nama khas yang telah ditetapkan dan tidak boleh dipinda.

2. Ejaan yang betul ialah faksimile.
Ejaan16.04.2012
Bahagian dada wau melambangkan "nusaratang" iaitu, merangkumi Semenanjung Indonesia, Thailand dan Burma. Adakah betul cara penggunaan tanda petik tersebut?Penggunaan tanda petik pada perkataan "nusaratang" adalah betul.Ejaan04.03.2020
Assalamualaikum Wr.Wb. Saya ingin mengetahui mengenai sistem dan cara Sebutan Baku Johor-Riau, seperti yang dituturkan oleh penduduk Melayu di kawasan Nusantara ini. Terima kasih. Wassalam.Sebutan baku Johor-Riau ialah sebutan yang biasa dituturkan oleh penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia terutamanya di sebelah pantai barat Semenanjung. Ia merupakan sebutan bahasa Melayu yang asal yang hingga sekarang masih dituturkan oleh kebanyakan penduduk Malaysia tanpa dipengaruhi oleh dialek negeri masing-masing.Lain-lain27.09.2006
... terutamanya masyarakat orang asli di kawasan pantai barat dan pantai timur Semenanjung Malaysia. Adakah pantai barat dan pantai timur kata nama khas dan huruf awal perlu dibesarkan?Pantai Barat dan Pantai Timur merupakan kata nama khas dan huruf awal perlu menggunakan huruf besar. (Kamus Dewan Perdana, halaman 1612)Tatabahasa18.02.2023
Roslan Mohd Anuar Nov 18th, 12:27pm Salam admin..sy merupakan seorang guru di pantai timur semenanjung..sy mohon jika ada sebarang program atau pertandingan y melibatkan pelajar sekolah,mohon admin panjangkan kpd saya utk maklumkan kpd pelajar utk kegiatan luar pelajar sebab byk program yang dianjurkan oleh dbp tiada dlm makluman kami..atau boleh emelkan kpd sya di alamat aroma.rma@gmail.comDewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Nov 18th, 5:15pm Terima kasih. Mohon jasa baik cikgu untuk kerap membaca status terkini di dinding FB DBP untuk tujuan tersebut. Pihak kami akan kerap mengemas status terkini yang boleh dikongsikan untuk masyarakat. Sila layari www.dbp.gov.my pada masa yang sama. Terima kasih.Lain-lain18.11.2015
definasi melayu menurut kamus dewan?Melayu: nama suatu bangsa dan bahasa (terutama di Semenanjung Malaysia); masuk ~ a) mengikut cara hidup orang Melayu; b) masuk Islam;Makna14.08.2009
123456

Kembali ke atas