Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.me.nan.jung] | سمننجوڠ

Definisi : tanah yg menganjur panjang ke laut, jazirah: S~ Tanah Melayu; ~ Arab; kesemenanjungan keadaan yg menunjuk­kan ciri-ciri semenanjung: ciri-ciri ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.me.nan.jung] | سمننجوڠ

Definisi : tanah yg menganjur panjang ke laut: ~ Tanah Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata semenanjung


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Keris Jenis SemenanjungKeris Jenis SemenanjungKerisTiadaKeris yang berasal dari Semenanjung Tanah Melayu. Keris ini mempunyai hulu yang berbentuk jawa demam. Sin: Keris Jenis Utara.
gerutugerutuPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai kayu Parashorea spp. daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah meranti gerutu, dan di Sabah ialah seraya putih berat. Spesies utama termasuk Parashorea demsiflora dan P. stellata di Semenanjung, dan P. parrifolia dan P. smythieii di Sabah dan Sarawak. Gubal kayu gerutu berwarna kuning keputihan, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat keemasan, dan yang menjadi lebih gelap apabila terdedah. Tekstur kayunya agak kasar dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 640 hingga 770 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan.kayu ini mudah dikerjakan, kecuali apabila digergaji, dan agak sukar dikeringkan, mudah retak dan rekah, tidak tahan dan sukar diawet. Kayu gerutu sesuai digunakan untuk kerja binaan sederhana dan ringan, dinding dan papan panel, perabot, lantai, venir, papan lapis, dan kotak kayu.
nyatuhnyatuhPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Palaquium spp., Ganua spp., dan Payena spp. daripada famili Sapotaceae. Nama tempatannya di Semenanjung, Sabah dan Sarawak ialah berbagai-bagai nama nyatuh. Nama lain di Semenanjung termasuk mentua taban, taban, taban merah, dan sundik, dan di Sarawak ialah jangka dan rian. Terdapat lebih 20 spesies utamanya, dan antaranya ialah Ganua curtisii, G. kingiana, Palaquium gutta, Pal. maingayi, Payena dasphylla dan Pay. lanceolata. Gubal kayu nyatuh berwarna lebih muda dan mudah dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna merah jambu atau coklat merah. Tekstur kayunya halus atau sederhana kasar, dengan ira yang lurus, bersimpul dan beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 400 hingga 1075 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringgan. Kayu ini mempunyai sifat pengeringan yang berbeza-beza mengikut spesies. Kayu yang ringan lebih mudah dikerjakan daripada kayu yang lebih berat. Ketahanan semula jadinya sederhana tetapi sukar diawet. Kayu nyatuh terkenal sebagai kayu perabot Malaysia, dan sesuai untuk perabot mahal, perhiasan dalaman seperti papan panel, lantai parket, venir, dan papan lapis.
magasawihmagasawihPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Duabangsa spp. daripada famili Sonneratiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung berembang bukit, di Sabah ialah magas dan tagahas, dan di Sarawak ialah sawih. Hanya dua spesies yang menghasilkan kayu ini , iaitu Duabanga grandiflora, yang terdapat di Semenanjung dan D. moluccana, yang hanya terdapat di Sabah dan Sarawak. Gubal kayu magasawih biasanya lebih muda warnanya dan sukar dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat merah. Tekstur kayunya kasar dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 385 hingga 465 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut dan ringan. Kayu ini mudah diproses, dan dikerjakan tetapi mempunyai kadar kecutan yang tinggi. Ketahanan semula jadinya kurang baik dan kayu ini sukar diawet. Kayu magasawih sesuai digunakan untuk papan, kotak dan papan lapis.
peninsulasemenanjungGeografiTiadaTiada
peninsulasemenanjungGeografiTiadaTiada
peninsulasemenanjungUndang-undangTiadaTiada
Malay PeninsulaSemenanjung Tanah MelayuGeografiTiadaTiada
barrier peninsulasemenanjung sawarGeologiTiadaTiada
submarine peninsulasemenanjung submarinGeografiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas