Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.men.da] | سمندا

Definisi : pertalian kekeluargaan menerusi perkahwinan; keluarga ~ keluarga kerana perkahwinan; orang ~ orang yg berkahwin dgn anggota drpd suku yg lain; bersemenda berkahwin: setelah sampai idahnya, diminta orang engkau akan ~ ke sana; si suami tidak mempunyai kuasa utk mencampuri perkara-perkara besar yg timbul dlm suku tempat ia ~; semenda-menyemenda saling mengahwini (antara dua keluarga); persemendaan hal yg berkaitan dgn berse-menda: hubungan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.men.da] | سمندا

Definisi : pertalian kekeluargaan yg terjalin kerana berkahwin dgn ang­gota sesuatu keluarga (jika dilihat dr pihak keluarga itu): orang ~ orang yg berkahwin dgn anggota sesuatu keluarga. bersemenda berkahwin (dgn). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Adat semenda menyemenda dalam Adat Perpatih di Negeri SembilanLembaga Muzium Negeri SembilanTiada20079789832877042

Kembali ke atas