Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.més.ter] | سيميستر

Definisi : (séméster) satu drpd dua sesi pengajian dlm sesuatu tahun akademik di pusat pengajian (universiti, kolej, sekolah, dsb): ~ pertama; ~ kedua. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.més.ter] | سيميستر

Definisi : /séméster/ tempoh yg lama­nya enam bulan; setengah tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
semester (kata nama)
Bersinonim dengan enam bulan, setengah tahun, penggal.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah antara berikut penggunaan ayat yang tepat: Dari semester satu ke semester dua atau Daripada semester satu kepada semester dua

Ayat yang tepat ialah “Dari semester satu hingga semester dua”.

Tatabahasa07.03.2024
"Selamat Hari Raya! Saya ingin bertanya : 1. cuti semester atau Cuti Semester? 2. cuti pertengahan penggal atau Cuti Pertengahan Penggal?"1. cuti semester 2. cuti pertengahan penggalEjaan19.08.2013
Pada semester 2 di IPKS ini, saya sedang mempelajari bidang 'Pengatar Psikolinguistik'. Jadi, masalah saya dalam hal ini adalah berkaitan sumber-sumber carian mengenai bidang ini. Begitu juga masalahnya mengenai teori-teori bahasa dan teori pemerolehan bahasa yang susah bagi saya memahaminya. Bolehkan pihak tuan/puan memberitahu sedikit sebanyak fakta-fakta mengenai bidang Pengatar Psikologi ini terutamanya mengenai teori bahasa dan teori pemerolehan bahasa. Sekian, terima kasih.Saudara dinasihati supaya membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau di perpustakaan di ipt di tempat saudara. Saudara juga  boleh berbincang untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada pensyarah yang mengajarkan bidang ini.    Lain-lain27.06.2008
saya pelajar semester 03 Master Pendidikan Bahasa Melayu. saya menghadapi masalah dalam mencari bahan dan tajuk kertas projek saya. bolehkah pihak tuan mencadangkan tajuk kajian kepada saya dan di manakah saya boleh mendapatkan bahan kajian daripada laman ini?Saudara dinasihati supaya berbincang dan mendapatkan nasihat daripada pensyarah saudara tentang tajuk kertas projek yang perlu dilaksanakan. Untuk mendapatkan bahan kajian saudara bolehlah mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu DBP atau perpustakaan di tempat saudara mengikuti pengajian.    Lain-lain07.07.2008
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Semester ini, kami telah dikehendaki melakukan penyelidikan untuk tugasan proposal kami sehingga tahun hadapan (semester akhir - 06). Saya memilih untuk mengkaji bidang pragmatik bagi menjalankan kajian fyp saya. Saya ada menyertai sebuah bengkel dbp sebelum ini, penceramah (Dr. Shamsudin Othman) ada menyebut tentang sebuah novel ni. Tajuknya lebih kurang 'Ah.' begitu seingat saya. Saya terpanggil untuk menjalankan kajian fyp dalam bidang pragmatik terhadap novel tersebut. Justifikasinya untuk saya buat pemerhatian kerelevanan kuasa bahasa dalam pragmatik. Tapi saya tak pasti benarkah tajuk novel tu. Boleh tak DBP tolong semakkan kalau kalau betul ada novel DBP yang bertajuk macam tu. Kalau tiada, tidak mengapa. Sekadar bertanya. Dan kalau boleh nak minta pandangan DBP juga tentang kajian tu, relevans ke saya nak kaji novel tu sebab pragmatiknya nak melihat apa isu yang cuba penulis bangkitkan sampai tajuknya begitu dan kesannya kepada pembaca kerana dalam bidang pragmatik kita mengkaji 'speaker's meaning' dan bukan 'sentence meaning'. Segala kerjasama amat saya hargai. Terima kasih :DMelalui semakan kami melalui Katalog Awam dalam Talian, tidak menemukan novel Ah. Untuk melihat kesesuaian tajuk dan bidang kajian, sila berbincang dengan pensyarah/penyelia kajian puan kerana merekalah pihak yang berwenang dalam hal ini.Lain-lain08.04.2017
Assalamualaikum. tujuan saya menhantar emel ini ialah untuk bertanya tentang khidmat pekerjaan yang disediakan untuk saya sebagai pelajar yang ingin mencari pekerjaan sambilan semasa cuti semester, apabila saya kembali ke tempat tinggal saya di Kuching Sarawak. cuti semester yang agak panjang, lebih kurang 2 bulan/ bulan. adakah pihak DBP menawarkan sebarang pekerjaan bagi mencari wang untuk kami sebagai pelajar?Untuk makluman puan, DBP tidak menawarkan pekerjaan sambilan untuk pelajar yang sedang bercuti semester.Lain-lain21.12.2014
Assalamualaikum, saya Ainul Izzah Bte Bahrol, pelajar semester lima Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Pengurusan Rekord) Universiti Teknologi Mara Segamat ingin memohon jasa baik dari puan untuk saya mendapatkan No talefon atau email Datuk Dr Mohd Anuar Rethwan, ia bertujuan untuk saya membuat penyelidikan dari karya pihak Datuk Dr Mohd Anuar Rethwan. Ia bertujuan untuk Assignment semester akhir saya. Di harap pihak puan dapat memberi tindak balas terhadap email saya secepat mungkin. Disini saya sertakan maklumat peribadi saya Nama : Ainul Izzah Bte Bahrol Matriks Number :2013256662 Campus :UITM Cawangan Segamat Semester :5 Mata Pelajaran :IMR 504 (ORAL HISTORY) No Talefon :017-6898227

Puan boleh menghubungi YBhg. Dato' Anuar melalui ASWARA kerana Dato' masih berkhidmat di sana. Alamat rumah Dato':
YBhg. SN Dato' Dr. Mohd Anuar bin Haji Rethwan,

No. 13, Jalan Pekaka 8/10,

Kota Damansara,

47830 Petaling Jaya.
Lain-lain27.09.2014
salam, saya umar shafiz pelajar semester pertama diploma Komunikasi dan Media di UiTM Alor Gajah, Melaka. salah satu subjek yang saya ambik adalah Pengantar Bahasa Melayu . saya diberi tugasan untuk membentangkan jenis variasi dialog iaitu kiasan dan dialog lisan klasik ( dialog lisan sejarah, dialog lisan sejarah melayu, dialog lisan berbalas pantun melayu) saya menghadapi masalah untuk mencari maksud,huraian dan contoh terutamanya untuk dialog lisan klasik. saya harap ada bantuan yg diberikan kepada saya. terima kasih

Pertanyaan saudara terlalu khusus dan memerlukan perbincangan dan pembacaan yang banyak dan kajian yang mendalam terhadap teks yang berkaitan dengan komunikasi dan sastera klasik. Pertanyaan sebegini adalah di luar skop khidmat nasihat bahasa. Rujuk buku/artikel yang berkaitan seperti Keberkesanan penggunaan Bahasa Malaysia dalam komunikasi lisan, UKM, 1985; Bahasa Lisan Sebagai Bahasa Komunikasi, Pelita Bahasa Julai 2003 dan Sejarah Melayu. 

    

 

Lain-lain14.06.2011
Semua maktab perguruan akan ditutup bersamaan cuti semester pertama persekolahan. munsyi, apakah kesalahan ayat ini. TQ?Perkataan bersamaan bermaksud bertepatan dengan dan tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut.
Sila rujuk kamus untuk memilih perkataan yang tepat dan rujuk buku tatabahasa untuk membina ayat dengan betul.
Tatabahasa16.02.2012
Assalamualaikum... maafkan saya, saya pelajar UMS yang akan memilih major penulisan semester hadapan jadi boleh tidak sekiranya saya cuba menghantar karya2 yang saya tulis untuk semakan pihak DBP.? terima kasihUntuk makluman, permintaan puan adalah di luar skop perkhidmatan kami. Khidmat Nasihat DBP  (KNDBP) membantu pengguna menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan bahasa. KNDBP juga turut melayan pertanyaan yang berkaitan dengan aktiviti sastera, penerbitan dan korporat. Untuk semakan sila rujuk tenaga pengajar di institut puan dan untuk semakan sendiri sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.Lain-lain14.08.2014
123

Kembali ke atas