Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.mo.ga] | سموݢ

Definisi : mudah-mu­dahan, kiranya, hendaknya, agar: ia berdoa ~ dipelihara Allah akan anaknya itu bersama-sama dgn ibunya; semoga tuan berbahagia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.mo.ga] | سموݢ

Definisi : mudah-mudahan; kiranya; hendaknya: ~ Allah memberkati kamu (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
semoga (kata tugas)
Bersinonim dengan mudah-mudahan, harap-harap, minta-minta, hendaknya, kiranya, agar, supaya, hubaya-hubaya.,

Puisi
 

Tampak kulihat tanah seberang,
     Di kala petang menjelang senja;
Biarlah daku di rantau orang,
     Semoga dapat melupa saja.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Semoga Allah permudahkan urusan. 2. Semoga dipermudahkan urusan dan diluaskan rezeki. Adakah tepat pembinaan ayat tersebut?Ayat yang tepat ialah:

1. Semoga Allah mempermudah urusan.
2. Semoga dipermudah urusan dan diluaskan rezeki.
Tatabahasa29.07.2022
semoga tuhan mencucurkan kami rahmat atau semoga mencucuri kami rahmatAyat yang betul ialah Semoga tuhan mencucuri kami rahmatTatabahasa07.08.2010
semoga tuhan mencucurkan kami rahmat atau semoga mencucuri kami rahmat, yang manakah betul?Tuhan mencucuri makhluk-Nya dengan rahmat dan Semoga Tuhan mencucurkan rahmat ke atas rohnya.Tatabahasa08.08.2010
Salam sejahtera pihak DBP. Ada kemusykilan. Ayat yang mana betul? A) Semoga roh allahyarham dicucurkan rahmat daripada Allah ATAU B) Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat daripada Allah. C) Semoga Allah mencucurkan@mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham. Terima kasih ya.Ayat yang betul ialah "Semoga Allah mencucurkan/mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham." Tatabahasa19.12.2022
Selamat pagi, Tuan/Puan. Saya berharap Tuan/Puan dapat memberitahu saya ayat yang mana betul. Semoga segala urusan anda dipermudah sebagaimana anda telah mempermudahkan urusan kami. Semoga segala urusan anda dipermudahkan sebagaimana anda telah mempermudahkan urusan kami. Semoga dipermudah segala urusan anda sebagaimana anda telah mempermudahkan urusan kami. Terima kasih.
Ayat yang betul ialah "Semoga segala urusan anda dipermudah sebagaimana anda telah mempermudah urusan kami".
Tatabahasa19.09.2022
Minta penjelasan untuk ayat berikut. Ayat manakah yang betul? i) semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t ii) semoga roh beliau dicucurkan rahmat oleh Allah s.w.t Terima kasih.Semoga roh beliau dicucurkan rahmat oleh Allah SWT.Tatabahasa13.02.2013
1.”Semoga berjumpa lagi di lain lembaran.” . Apakah yang dimaksudkan dengan frasa “lain lembaran”?Dalam Kamus Pelajar halaman bermaksud helai atau muka surat pada buku umpamanya. Berkemungkinan perkataan lembaran dalam konteks ayat tersebut bermaksud pada keluaran buku yang akan datang.Makna09.03.2015
Assalamualaikum, Semoga dipermudahkan segala urusan. Saya mohon bertanya tentang penggunaan Maha Kuasa, Maha Penyayang, Maha Pemurah, dan yang seangkatan dengannya. Daripada segi ejaannya bagaimana? Adakah dieja dengan huruf besar ataupun kecil? Mohon perincian daripada pihak Tuan/Puan. Terima kasih.Alaikumussalam.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, semua sifat Allah ditulis dengan huruf besar.  Contohnya:

Yang Maha Pengasih
Yang Maha Penyayang
Yang Maha Kuasa

dan sebagainya.
Ejaan01.04.2014
salam... semoga pihak DBP boleh membantu saya. S: adakah DENGAN atau KEPADA yang lebih tepat? contoh ayat: saya berlindung (kepada/dengan) Allah daripada kejahatan syaitan yang direjam.Mengikut laras yang sedia ada ayat yang betul ialah: Aku berlindung dengan Allah daripada kejahatan syaitan yang direjam. Tatabahasa05.05.2008
Tuan/Puan, Semoga anda sihat. Saya ingin bertanya apakah gelaran hormat untuk Duta Besar/Duta Malaysia ke negara luar dan gelaran hormat untuk pengarah sesuatu jabatan? Harap mendapat jawapan dari anda secepat mungkin

Panggilan hormat untuk Duta Besar Malaysia ialah “Tuan Yang Terutama”  diikuti dengan gelaran kehormat lain yang diterima dan nama, contohnya “Tuan Yang Terutama Dato’ Abdullah bin Mansur”. Panggilan hormat untuk Pengarah Jabatan ialah “YBrs.” bagi yang tiada gelaran kehormat. Jika ada, gelaran kehormat akan digunakan.

 

Lain-lain13.12.2021
12345678910...

Kembali ke atas