Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.pat] | سمڤت

Definisi : masih ada peluang (waktu, masa) utk..., dan (bp): saya cuba lari tetapi tak ~, saya hanya dapat berundur ke belakang; menyempat menantikan peluang (waktu yg baik); tak ~ tidak mahu menunggu-nunggu (bertangguh) lagi; menyempati mendapat peluang (waktu) utk; menyempatkan mengadakan peluang utk, meluangkan waktu utk; kesempatan peluang utk, waktu yg terluang utk: Rejab mengambil ~ itu utk melarikan diri; hal ini tidak memberikan ~ kepadanya utk membalas; pd ~ lain , kerajaan Amerika menunjukkan kuasa kekerasan dan campur tangannya secara tentera; berkesempatan ada kesempatan (peluang) utk: kadangkala apabila ~, dia pulang men-jenguk ibunya di kampung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.pat] | سمڤت

Definisi : ada masa atau ada peluang utk…; dan: Kalau ~, saya akan ke sana malam ini. kesempatan waktu yg la­pang; peluang: Inilah ~ yg baik utk kita bersuka-suka. berkesempatan ada atau mendapat kesempatan; ber­pe­luang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sempat (adjektif)
Bersinonim dengan ada peluang, sampang, kober, masih ada masa;,
Kata Terbitan : menyempat, menyempatkan, kesempatan, berkesempatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
missed mail-connectionmel tertinggalPentadbiran PerniagaanTiadaMel yang telah siap diproses tetapi tidak sempat dimasukkan dalam sesuatu hantaran berjadual.
المخضرمperawi mukhaḍramAgama IslamHadithPerawi yang hidup pada zaman jahiliah dan Islam, tetapi tidak sempat beriman ketika hayat Rasulullah s.a.w.
non-revenue waterair bukan hasilPerniagaanTiadaAir yang dihasilkan hilang atau tidak diambil kira sebelum sempat sampai kepada pengguna disebabkan oleh kebocoran, kecurian atau ketidaktepatan bacaan meter.
checkout reoccupiedpenggunaan bilik berturut-turutPentadbiran PerniagaanTiadaPenggunaan bilik yang baru dikosongkan oleh tetamu yang belum sempat dibersihkan, terpaksa dikemas terlebih dahulu oleh tukang kemas bilik untuk dipenuhi oleh tetamu lain terutama ketika banyak tempahan pada musim perayaan.
up-and-underatas bawahSukanTiadaKeadaan apabila tendangan bola tinggi dilakukan untuk membolehkan penendang, atau pemain sepasukan sempat berada di tempat bola jatuh.
cold standbysiap sedia sejukTeknologi MaklumatTiadaSistem sokongan yang membenarkan kerja disambung semula, tetapi data yang tidak sempat disimpan akan hilang.
secondary beneficiarywaris sekunderinsuransTiadaWaris kedua yang berhak mendapatkan prosid insurans jika waris pertama telah meninggal dunia atau tidak sempat mendapatkan prosid sepenuhnya disebabkan kematian.
secondary beneficiarywaris sekunderPentadbiran PerniagaanTiadaWaris kedua yang berhak mendapatkan prosid insurans jika waris pertama telah meninggal dunia atau tidak sempat mendapatkan prosid sepenuhnya disebabkan kematian.
back-to-backpenggunaan bilik berturut-turutPentadbiran PerniagaanTiadaPenggunaan bilik berturut-turut: Penggunaan bilik yang baru dikosongkan oleh tetamu, yang belum sempat dibersihkan, terpaksa dikemas terlebih dahulu oleh tukang kemas bilik untuk dipenuhi oleh tetamu lain terutama ketika banyak tempahan pada musim perayaan.

Kembali ke atas