Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.pe.na] | سمڤنا

Definisi : berkat, tuah; keris ~ keris yg berlok tiga (lima, tujuh); meng-ambil ~ mengambil berkat; bersempena mengambil berkat (drpd): per-tunjukan MAHA pd tahun ini diadakan ~ dgn hari ulang tahun kemerdekaan yg kese-puluh; menyempenakan mendatangkan berkat (tuah) kpd. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.pe.na] | سمڤنا

Definisi : sl mimpi; ~ hati ilham. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.pe.na] | سمڤنا

Definisi : apa-apa yg mendatangkan ke­bahagiaan, keselamatan dll; tuah; ber­­kat: mengambil ~ mengambil berkat atau tuah. bersempena mengambil sempena (dgn): Tarikh pelancaran Per­sekutuan Malaysia ditetapkan pd 31 Ogos 1963 ~ dgn hari ulang tahun keenam kemerdekaan Tanah Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sempena (kata nama)
Bersinonim dengan berkat, tuah, rahmat, sepenah, restu;,
Kata Terbitan : bersempena,

Puisi
 

Keris sempena ganja menampang,
     Pakaian anak raja Melayu;
Banyak-banyak pergi berdagang,
     Bencana banyak mendaun kayu.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maklumat waktu pulang sekolah SEMPENA cuaca panas. adakah betul penggunaan SEMPENA itu? bolehkan perkataan SEMPENA digunakan bagi peristiwa dukacita? seperti cuaca?

Penggunaan perkataan “sempena” tidak betul kerana bermaksud berkat atau tuah. Perkataan yang betul ialah “bersempena” yang membawa maksud mengambil sempena sesuatu peristiwa. Walau bagaimanapun, perkataan “bersempena” dalam konteks ayat yang diberikan tidak boleh digunakan kerana “cuaca panas” bukan merupakan peristiwa, sebaliknya keadaan.

Ayat yang betul ialah “Makluman waktu pulang sekolah ketika cuaca panas.”
Tatabahasa08.05.2023
Tuan, adakah ayat songsang di bawah ini gramatis? 1. Baju Melayu dijahit oleh ibu kepada kakak sempena Hari Raya Aidilfitri. • dijahit oleh ibu kepada kakak sempena Hari Raya Aidilfitri baju Melayu • dijahit oleh ibu baju Melayu kepada kakak sempena Hari Raya Aidilfitri • sempena Hari Raya Aidilfitri baju Melayu dijahit oleh ibu kepada kakak • sempena Hari Raya Aidilfitri ibu menjahit baju Melayu kepada kakak 2. Pertandingan bola sepak diteruskan walaupun hujan turun renyai-renyai. • diteruskan walaupun hujan turun renyai-renyai pertandingan bola sepak • diteruskan pertandingan bola sepak walaupun hujan turun renyai-renyai • walaupun hujan turun renyai-renyai pertandingan bola sepak diteruskan • walaupun hujan turun renyai-renyai diteruskan pertandingan bola sepak 3. Bapa Fazley yang bekerja sebagai juruterbang sering tiada di rumah . • sering tiada di rumah bapa Fazley yang bekerja sebagai juruterbang • yang bekerja sebagai juruterbang sering tiada di rumah Bapa Fazley • yang bekerja sebagai juruterbang bapa Fazley sering tiada di rumah • sering tiada di rumah yang bekerja sebagai juruterbang bapa FazleyAyat yang betul dan ayat songsang.

1. Baju kurung dijahit oleh ibu untuk kakak sempena dengan Hari Raya Aidilfitri.
• Dijahit oleh ibu untuk kakak baju kurung sempena dengan Hari Raya Aidilfitri.

2. Pertandingan bola sepak diteruskan walaupun hujan renyai.
• Walaupun hujan renyai pertandingan bola sepak diteruskan.  

3. Bapa Fazley yang bekerja sebagai juruterbang sering tiada di rumah.
• Sering tiada di rumah bapa Fazley yang bekerja sebagai juruterbang. 
Tatabahasa17.06.2020
Cikgu, frasa sempena (perayaan) atau bersempena dengan (perayaan) barulah betul mengikut tatabahasa? Contoh: sempena Tahun Baharu Cina atau bersempena dengan Tahun Baharu Cina?

Mengikut buku Kamus Dewan, sempena ialah tuah, berkat manakala bersempena bermaksud mengambil sempena (dengan), mengambil berkat, mengambil tuah.

 Kedua-dua frasa yang ditanya betul mengikut konteks ayat yang ingin disampaikan.

Tatabahasa28.05.2014
Adakan DBP akan mengadakan program sempena sambutan Hari Buku Sedunia pada 23 April depan?Jika ya, saya ingin berkongsi maklumat bagi menjalankan program di sekolah.DBP akan mengadakan program sempena sambutan Hari Buku Sedunia ini pada bulan Ogos sempena Bulan Bahasa dan Sastera Negara.  Puan boleh menghubungi Puan Filzah Ibrahim di Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.Lain-lain14.04.2009
....telah mengadakan Program Promosi Sempena Sambutan Jubli Emas Sekolah Maahad Rahmaniah Kuala Krai, Kelantan. Adakah ayat di atas betul?... telah mengadakan Program Promosi Sempena Sambutan Jubli Emas Sekolah Maahad Rahmaniah Kuala Krai, Kelantan - ayat ini betul asalkan frasa sebelumnya ada menerangkan promosi yang dijalankan sempena sambutan tersebut.Tatabahasa11.01.2011
(Sempena) dengan (ulang tahun) kelahiran ibu kami yang ke-50, (suatu) majlis kesyukuran akan diadakan pada malam ini. kesalahan bahasa adalah di dalam kurungan. saya berpendapat sempena adalah salah. sesuaikah diganti dengan perkataan (selaras)?Bersempena dengan ulang tahun kelahiran ibu kami yang ke-50, suatu majlis kesyukuran akan diadakan pada malam ini. Kata sempena lebih tepat dibandingkan dengan penggunaan kata selaras. Bersempena bermaksud mengambil berkat daripada.Tatabahasa01.08.2008
Assalamualaikum.. Saya nak tanya mana yang lebih sesuai digunakan untuk ayat ini Majlis Sempena PENGISYTIHARAN Bandar Maharani Bandar Diraja ATAU Majlis Sempena PERISYTIHARAN Bandar Maharani Bandar Diraja Terima Kasih..

Puan Zi,

Majlis Sempena PERISYTIHARAN Bandar Maharani Bandar Diraja penggunaan ayat yang betul.

Tatabahasa03.10.2012
(Bersempena dengan/Sempena) Hari Guru,Ali menghadiahi gurunya sebatang pen. Dalam ayat ini, kenapa kena guna "Berempena dengan"?Kenapa "sempena" tidak sesuai?Bersempena dengan Hari Guru, Ali menghadiahi gurunya sebatang pen.Tatabahasa19.07.2012
Tuan, di sekolah saya lazimnya menggunakan perkataan "sempena" sedangkan frasa "bersempena dengan" adalah betul. Contohnya: bersempena dengan Hari Guru, atau sempena Hari Guru? Ini ialah suatu persoalan yang sukar untuk saya, macam kedua-dua bentuk pun boleh digunakan sahaja? Tetapi pada pandangan saya, penggunaan yang betul patutlah "bersempena dengan", kerana "bersempena" bermaksud mengambil berkat daripada. Contoh ayat di dalam Kamus Dewan telah membuktikan tekaan saya ini. Contoh di dalam Kamus Dewan: Pertunjukan MAHA pd tahun ini diadakan bersempena dgn hari ulang tahun kemerdekaan yg kese-puluh. Apakah pendapat tuan?Kedua-dua perkataan boleh digunakan.Tatabahasa27.06.2014
Assalamualaikum 1. Sambutan jubli sempena umur institusi : Sesebuah institusi tidak pernah mengadakan apa-apa sambutan dan sudah berumur 71 tahun ? Apakah sambutan yang boleh diadakan sempena umurnya itu ? 2. Saya masih keliru tentang penggunaan perkataan ' ironi ' , boleh tuan jelaskan serta contoh penggunaannya. 3. 1Malaysia : Cara penulisannya adakah boleh dijauhkan seperti 1 Malaysia ? atau pun Satu Malaysia. 4. Sendi nama seperti dan, pun di dll adakah dikira satu sebagai satu patah perkataan ? Terima kasih.

1. Tidak ada sambutan jubli bagi umur 71 tahun, mungkin disebut sambutan ke-71 tahun.

2. Ironi bermaksud keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya, contoh ayat: Ironinya jika "Dasar Belia Nasional" ini mahu diterima, maka dengan sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri.

3. Cara penulisannya ialah 1 Malaysia ataupun Satu Malaysia.

4. Sendi Nama juga dikira sebagai satu perkataan, misalnya "di", "dan" dan sebagainya.

Tatabahasa12.08.2009
123456789

Kembali ke atas