Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.pe.na] | سمڤنا

Definisi : berkat, tuah; keris ~ keris yg berlok tiga (lima, tujuh); meng-ambil ~ mengambil berkat; bersempena mengambil berkat (drpd): per-tunjukan MAHA pd tahun ini diadakan ~ dgn hari ulang tahun kemerdekaan yg kese-puluh; menyempenakan mendatangkan berkat (tuah) kpd. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.pe.na] | سمڤنا

Definisi : sl mimpi; ~ hati ilham. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.pe.na] | سمڤنا

Definisi : apa-apa yg mendatangkan ke­bahagiaan, keselamatan dll; tuah; ber­­kat: mengambil ~ mengambil berkat atau tuah. bersempena mengambil sempena (dgn): Tarikh pelancaran Per­sekutuan Malaysia ditetapkan pd 31 Ogos 1963 ~ dgn hari ulang tahun keenam kemerdekaan Tanah Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sempena (kata nama)
Bersinonim dengan berkat, tuah, rahmat, sepenah, restu;,
Kata Terbitan : bersempena,

Puisi
 

Keris sempena ganja menampang,
     Pakaian anak raja Melayu;
Banyak-banyak pergi berdagang,
     Bencana banyak mendaun kayu.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERANG SALIB

Perang Salib ialah nama sempena serangan

askar-askar Kristian yang tersusun membentuk satu

gagasan untuk menguasai Palestin. Serangan ini

berlaku antara abad ke-5 dan abad ke-8 H./ 11–14

M. Serangan ini disebabkan oleh dua faktor utama,

iaitu bentuk muka bumi Palestin yang strategik dari

segi geografi yang menyambungkan di antara

timur dengan barat, dan keinginan menguasai

tempat suci (Baitulmaqdis). Seterusnya mereka juga

bertujuan menyekat usaha pembukaan negara-

negara dan kejayaan orang Islam yang bersifat

toleransi terhadap agama-agama samawi yang lain.

Mereka telah menyusun tentera yang datang dari

Eropah Barat dan melancarkan lapan serangan

utama antara tahun 490 H. dan 669 H., 1096 M. dan

1270 M. Tahun tersebut dianggap sebagai tahun

peluasan ekonomi bagi Eropah Barat dan

peningkatan kekuatan senjata.

UMUM 
BURUNG WHIP

Burung whip yang namanya diambil sempena

siulan yang berbunyi seperti sebatan cemeti yang

dihasilkan oleh burung whip timur . Burung ini

hidup di kawasan hutan hujan dan kawasan semak

di pantai timur Australia.

UMUM 
PERISTIWA PETROV

Peristiwa Petrov ialah peristiwa yang

dinamakan sempena nama Vladimir Petrov (? –

1991), yang mencetuskan satu kontroversi getir di

Australia . Ia bermula pada tahun 1954, apabila

Perdana Menteri Robert Menzies mengumumkan

bahawa Petrov, seorang pegawai di Kedutaan

Soviet di Canberra, Victoria telah memohon untuk

mendapatkan suaka politik di Australia. Menzies

menyatakan Petrov telah mendedahkan wujudnya

suatu kumpulan pengintip Soviet di Australia.

UMUM 
ALBIGENS

Albigens ialah sekumpulan orang yang dinamakan

sempena nama Albi, sebuah bandar di selatan

Perancis. Mereka ialah sebahagian daripada taifah

yang dinamakan Cathari , yang berkembang pesat di

beberapa bahagian di Perancis, Jerman, dan Itali

pada tahun 1100-an dan 1200-an. Kumpulan

Albigens percaya bahawa prinsip kebaikan dan

kejahatan terus bertentangan dengan satu sama lain

di dunia.

UMUM 
ZAYDIYYAH

Zaydiyyah adalah sebuah jemaah Islam yang

mengambil sempena nama Zayd ibn Ali ibn al-

Husayn (79–122 H/698–740 M). Golongan ini

bersependapat dengan golongan Ithna ‘Asyariyyah

(golongan syiah Imamiyyah) dalam soal bilangan

aturan imam besar mereka sehingga kepada Imam

Zayd ibn Zayn al-‘Abidin. Walau bagaimanapun,

mereka berpendapat bahawa Imam Zayd adalah

lebih layak menjadi imam berbanding Muhammad

al-Baqir. Kedua-dua golongan ini juga tidak

sehaluan dalam kefahaman terhadap konsep Imam

(pemimpin negara) dan tugasnya.

UMUM 
ZIONISME

Zionisme ialah satu gerakan politik penjajah

yang dinisbahkan kepada (dinamakan sempena)

orang Yahudi yang mempunyai sifat fanatik

perkauman. Gerakan ini ditubuhkan untuk

menyelesaikan masalah orang Yahudi serta

membuka jalan kepada mereka untuk kembali ke

tanah air asal mereka serta berhijrah ke Palestin,

yang mereka dakwa sebagai tanah air mereka

yang sah dari segi sejarah dan agama. Atas

keinginan inilah, mereka bergerak cergas

bermetodekan penjajahan untuk mendirikan

negara Yahudi di Palestin.

UMUM 
MALLEE

Mallee ialah daerah di barat daya Victoria,

Australia. Ia dinamai sempena nama sejenis pokok

kayu putih yang banyak terdapat di kawasan itu.

Daerah Mallee terletak di selatan Sungai Murray

dan di timur sempadan Australia Selatan. Suatu

garisan sempadan yang menghala ke selatan dari

Kerang menuju ke timur Birchip, kemudian ke

barat menuju ke sempadan Australia Selatan,

merupakan sempadan daerah ini.

UMUM 
MUWAHHIDUN, KERAJAAN

Muwahhidun, Kerajaan (515 H.– 674 H./1121

M. –1275 M.), dinamakan sempena nama jemaah

Islam yang telah dibentuk oleh Muhammad ibn

Tomart al-Mahdiy di Maghribi Jauh. Perkataan

Muwahhidun merujuk kepada kata-kata mereka

bahawa Allah Taala itu Esa, tidak boleh

digambarkan dengan pancaindera, Allah

mengatasi segala-galanya dan setiap gambaran

untuk Allah dianggap sebagai kiasan semata-mata.

Orang yang menyokong konsep menyerupakan

dan menjasadkan Allah menganggap orang

Muwahhidun menyalahi hakikat sebenar, bahkan

mereka menganggap pendapat al-Muwahhidun

sebagai kafir. Justeru golongan ini berkeyakinan

bahawa merekalah sahaja yang benar-benar

beriman iaitu orang-orang yang mengesakan Allah

dan mensucikan-Nya dari setiap penyerupaan-Nya

dengan makhluk.

UMUM 
NORMANDY

Normandy ialah sebuah daerah yang terletak di

barat laut Perancis. Ia dinamai sedemikian sempena

orang Norse yang menakluk kawasan tersebut pada

tahun 800-an. Normandy terletak di sepanjang

pinggir Selat Inggeris di antara Picardy dengan

Brittany . Bandar-bandar terkenal di Normandy

termasuklah Rouen, ibu negeri provinsi lama

tersebut; Le Havre, Honfleur, Caen, Bayeux, dan

Cherbourg . Penduduk daerah ini terkenal sebagai

pelaut dan petani. Petani mengkhusus dalam

penghasilan tenusu dan menanam pohon buah-

buahan, khususnya epal untuk membuat cider dan

brandi. Bijih besi dilombong berhampiran Caen.

UMUM 
TALBOTAIP

Talbotaip ialah sejenis gambar yang dihasilkan

menggunakan proses fotografi terawal. Nama ini

sempena nama penciptanya, W.H. Fox Talbot, ahli

sains Inggeris. Dia mula menjalankan proses ini

pada tahun 1839. Dia membuat sehelai kertas yang

sensitif kepada cahaya dengan merendamnya

beberapa kali dalam larutan sodium klorida dan

nitrat-perak. Kemudian, dia mendedahkan kertas itu

kepada cahaya dalam kamera atau cahaya matahari.

Garam perak membentuk imej negatif, bertukar

menjadi gelap apabila terkena cahaya. Selepas

memproses negatif utama ini dengan larutan

garam, dia boleh mencetak seberapa banyak kertas

positif.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas