Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.pe.na] | سمڤنا

Definisi : berkat, tuah; keris ~ keris yg berlok tiga (lima, tujuh); meng-ambil ~ mengambil berkat; bersempena mengambil berkat (drpd): per-tunjukan MAHA pd tahun ini diadakan ~ dgn hari ulang tahun kemerdekaan yg kese-puluh; menyempenakan mendatangkan berkat (tuah) kpd. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.pe.na] | سمڤنا

Definisi : sl mimpi; ~ hati ilham. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.pe.na] | سمڤنا

Definisi : apa-apa yg mendatangkan ke­bahagiaan, keselamatan dll; tuah; ber­­kat: mengambil ~ mengambil berkat atau tuah. bersempena mengambil sempena (dgn): Tarikh pelancaran Per­sekutuan Malaysia ditetapkan pd 31 Ogos 1963 ~ dgn hari ulang tahun keenam kemerdekaan Tanah Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sempena (kata nama)
Bersinonim dengan berkat, tuah, rahmat, sepenah, restu;,
Kata Terbitan : bersempena,

Puisi
 

Keris sempena ganja menampang,
     Pakaian anak raja Melayu;
Banyak-banyak pergi berdagang,
     Bencana banyak mendaun kayu.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Hirayama familieskeluarga HirayamaMatematikTiada. Nama diberikan sempena nama K. Hirayama, ahli falak Jepun yang mengesan sembilan keluarga yang pertama planet ini pada tahun 1928.
Raney nickelnikel RaneyKejuruteraanKejuruteraan KimiaMangkin yang dinamakan sempena Murray Raney yang mempatenkan kaedah penyediaan mangkin nikel untuk proses penghidrogenan. Mangkin ini disediakan daripada 50% nikel dan 50% aluminium yang ditindakbalaskan dengan 20% larutan natrium hidroksida, yang akan meninggalkan mangkin nikel yang berongga. Untuk keaktifan dan kestabilan yang tinggi, sedikit aluminium ditinggalkan sebagai hidrat. Mangkin ini berkeluasan permukaan antara 80 � 100 meter persegi per gram.
pingpong diplomacydiplomasi pingpongSains PolitikHubungan AntarabangsaDiplomasi yang wujud sempena pertandingan pingpong pada tahun 1971 di Tokyo. Semasa pertandingan tersebut, perwakilan China menjemput pasukan Amerika Syarikat untuk melawat China. Pasukan Amerika menerima jemputan tersebut dan pergi ke China. Jemputan perwakilan China ini dianggap sebagai satu petanda bahawa Beijing ingin menjalinkan semula perhubungan dengan Amerika Syarikat. Henry Kissinger pergi ke China pada tahun yang sama dan diikuti Presiden Nixon pada tahun 1972. Oleh itu, jemputan lawatan oleh perwakilan China semasa pertandingan pingpong dianggap sebagai alat petunjuk yang penting dalam diplomasi.
calicobelacuSosiologiTiada1. Belacu: Fabrik kapas tenun biasa bermutu rendah, sempena nama Calicut, India. Sebarang fabrik cetak dari India dikenali dengan nama ini sehingga abad ke-17.
jubilee issuekeluaran jubliPentadbiran PerniagaanTiadaKeluaran setem pos kenang-kenangan sempena menyambut ulang tahun sesuatu peristiwa.
calicobelacuKesenianTiada1. Belacu: Fabrik kapas tenun biasa bermutu rendah, sempena nama Calicut, India. Sebarang fabrik cetak dari India dikenali dengan nama ini sehingga abad ke-17.,2. Belacu: Fabrik kapas tenun biasa yang telah dilunturkan dan lebih tebal daripada fabrik muslin.
loan stocksaham pinjamanPentadbiran PerniagaanTiadaSekuriti yang diterbitkan oleh syarikat sempena pinjaman yang diberikan oleh pelabur.
Draper cataloguekatalog DraperMatematikTiadaKatalog sembilan jilid yang diberi nama sempena nama Henry Draper, ahli falak Amerika pertama yang mengkaji spektrum bintang ini, memberikan kedudukan, magnitud dan kelas spektrum 225 800 bintang.
kelarai permaidanikelarai permaidaniKesenianTiadaCorak anyaman berunsur geometri yang mengambil sempena nama penciptanya iaitu Cik Kedah. Kelarai ini menggunakan anyaman gadas sebagai sempadan dan dikenali juga dengan nama kelarai Cik Kedah berakar.
calicobelacuPentadbiran PerniagaanTiada1. Belacu: Fabrik kapas tenun biasa bermutu rendah, sempena nama Calicut, India. Sebarang fabrik cetak dari India dikenali dengan nama ini sehingga abad ke-17.,2. Belacu: Fabrik kapas tenun biasa yang telah dilunturkan dan lebih tebal daripada fabrik muslin.
1234567

Kembali ke atas