Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.mu.se.mu] | ٢ سمو

Definisi : lebih kurang, agak; ~ lengkung agak lengkung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata semu-semu

Puisi
 

Pagi hari ayam berkokok,
     Hendak pergi ke Padang Semu;
Saya hendak masak di pokok,
     Masak rendah saya tak mahu.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah yang dimaksudkan kata ganda semu? Contoh?

Tuan,

Merujuk Kamus Dewan perkataan semu: bukan yg sebenarnya, tidak sesungguhnya, pura-pura: keadilan yg hanya ~ sahaja; 2. = semu-semu lebih kurang, agak; ~ lengkung agak lengkung; 3. = ~ daya tipu daya, muslihat: baiklah kita cari jalan tipu ~ dan kita empat bersaudara ini kita berpecah; ~ Jawa, pujuk Melayu.

Makna01.05.2009
kata ganda semu ialah apa? Ada perkataan ini?Menurut Kamus Dewan Perdana, perkataan “semu” bermaksud seakan-akan benar, wujud dan sebagainya tetapi hakikat sebenarnya adalah sebaliknya, tipu daya atau muslihat dan lebih kurang atau agak-agak. Kata ganda bagi “semu” ialah “semu-semu” yang membawa maksud lebih kurang atau agak.Makna11.02.2022
Assalamualaikum, 1. Adakah kata ganda semu termasuk dalam kategori kata ganda dalam Tatabahasa Dewan

Kata ganda semu termasuk dalam kategori penggandaan penuh dalam Tatabahasa Dewan.

Tatabahasa25.04.2010
Apakah maksud kata semu? Adakah betul 1. Apa nama anda? (Salah) 2. Siapa nama anda? (betul)Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, semu bermaksud bukan yg sebenarnya, tidak sesungguh-nya, pura-pura: keadilan yg hanya ~ sahaja. Frasa yang betul ialah siapakah nama anda ataupun nama anda siapa? Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut. Istilah20.07.2010
Adakah perkataan kaya-raya merupakan kata ganda semu? Dalam sistem prpm menunjukkan dua bentuk ejaan kaya raya sekali: -kaya-raya -kaya raya (tanpa tanda sengkang) Yang manakah ejaan yang betul?Ejaan yang betul ialah kaya-raya dan perkataan ini termasuk dalam kata ganda berentak sama seperti cerai-berai dan gotong-royong.Tatabahasa29.05.2012
Selamat pagi, saya ingin penjelasan mengenai kata ganda separa dan kata ganda tunggal atau semu merangkumi maksud dan contoh yang sesuaiKata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Untuk makluman, kata ganda hanya ada 3 jenis sahaja, iaitu:  

Kata ganda penuh ialah penggandaan seluruh kata dasar jenis kata nama tanpa sebarang perubahan bentuk, contoh : buku-buku dan sekolah-sekolah.
Kata ganda separa ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar, contoh : gegelang, sesiku dan sesumbu.
Kata ganda berirama/berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar jenis kata nama mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar, contoh : kuih-muih, kayu-kayan dan saudara-mara. Kata ganda berimbuhan ialah menambah imbuhan awalan pada kata dasar yang diulang, contoh : beramai-ramai. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.
Tatabahasa12.10.2015
Saya ingin bertanya, adakah perkataan lelaki yang merupakan kata ganda separa menunjukkan jamak atau tunggal (semu)?Lelaki merujuk makna tunggal.Makna19.08.2015
Salam sejahtera,bolehkah pihak DBP menjelaskan penggunaan kata ganti nama diri ketiga bagi beliau.Adakah beliau boleh digunakan untuk semu orang yang lebih tua tanpa mengira pangkat atau hubungan keluarga.Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, beliau merupakan kata ganti nama diri ketiga untuk orang yang lebih tua atau yang dihormati.Tatabahasa21.06.2017
1. Adakah "para murid" digunakan betul? 2. Adakah "banyak kanak-kanak" digunakan betul? Atau "banyak kanak" betul?1. Murid boleh membawa maksud seorang atau ramai berdasarkan konteks penggunaannya. Oleh itu, perkataan murid tidak perlu didahului penanda jamak seperti para.
2. Kanak-kanak ialah kata ganda semu dan membawa makna yang khusus apabila digandakan dan kata ganda semu bukan penanda jamak. Oleh itu, frasa banyak kanak-kanak betul dan boleh digunakan.
Tatabahasa08.01.2014
Adakah perkataan *kanak* dalam ayat *Kanak itu menangis kerana terjatuh semasa bermain bola* untuk merujuk kepada *child*atau *children* betul penggunaannya? Ini kerana guru yang pernah mengajar saya mengatakan bahawa *kanak-kanak* merupakan kata ganda semu (sama seperti epok-epok, anai-anai umpamanya) dan tidak boleh berdiri sendiri. Namun, perkataan *kanak* ini wujud dalam Kamus Dewan dan semakin berleluasa penggunaannya. Harap dapat menjelaskan. Terima kasih.Dalam Kamus Pelajar kanak sama dengan kanak-kanak. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, child dan children diterjemahkan kepada kanak-kanak. Berdasarkan huraian tersebut tidak salah jika kita menggunakan kata kanak dalam ayat. Walau bagaimanapun kata kanak-kanak lebin mantap dan diterima  penggunaannya dalam ayat.Tatabahasa01.06.2013
12

Kembali ke atas