Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.mua] | سموا

Definisi : 1. sekalian, segala: kalau ada wang, ~ boleh dibuat; 2. = semuanya, ke­semuanya sekaliannya: ~ memuji dia; 3. = kesemua segenap, setiap, seluruh: bunga itu merah ~; semua-semuanya segala-galanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.mua] | سموا

Definisi : 1 tidak ada yg dikecualikan; sekalian; segala: ~ orang akan mati. 2 = semuanya, kesemuanya sekaliannya sekali: Kambing dan lembunya ~ dijual. 3 seluruhnya; segala-galanya: Berapa harga ~nya? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
semua (kata tugas)
1. Bersinonim dengan sekalian: segala, seluruh, sarwa, sekotah,

2. Bersinonim dengan sekaliannya: kesemuanya, serba serbi, semuanya, setiap,

3. Bersinonim dengan segenap: setiap, seluruh, serata, seantero.,


Puisi
 

Kain tanjung kain pelikat,
     Semua sudah dijahit enjin;
Bunga berjunjung teguh berikat,
     Tidak bergoyang ditiup angin.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Kita semua (= sekalian) mati,
     tetapi kubur masing-masing.

Bermaksud :

Masing-masing orang dengan pembawaan dan cara hidupnya yang tersendiri, meskipun berkaum keluarga.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
all-in all-out systemsistem semua masuk-semua keluarVeterinarTiadaTiada
laced cardkad berendaKejuruteraanTiadaKad tertebuk yang semua, atau hampir semua, lajur kad telah ditebuk dengan beberapa lubang berada pada setiap lajur yang berkenaan.
heat balanceimbangan habaGeografiTiada2. Pernyataan yang mengaitkan semua sumber haba dan semua kegunaannya, bagi satu proses kimia.
heat balanceimbangan habaKimiaTiada2. Pernyataan yang mengaitkan semua sumber haba dan semua kegunaannya, bagi satu proses kimia.
total system approachpendekatan seluruh sistemTeknologi MaklumatTiadaObjektif pereka MIS untuk memenuhi semua keperluan maklumat bagi semua fungsi urusan.
algebraically closedtertutup secara algebraMatematikTiadaPerluasan suatu set, medan, dan sebagainya kepada suatu yang mengandungi semua punca bagi semua polinomial yang mana pekalinya adalah ahli bagi set yang diberikan.
parallel circuitlitar selariSosiologiTiadaSambungan komponen elektrik dalam litar yang dibuat secara selari dengan menyambung semua terminal negatif dengan semua terminal positif.
parallel circuitlitar selariKejuruteraan AutomotifTiadaSambungan komponen elektrik dalam litar yang dibuat secara selari dengan menyambung semua terminal negatif dengan semua terminal positif.
all linessemua jaluranPentadbiran PerniagaanTiadaPengunderaitan semua jenis insurans hayat, kesihatan, harta dan liabiliti oleh syarikat insurans yang sama.
specified perilsperil tertentuPentadbiran PerniagaanTiadaPeril khusus dicatatkan dalam sesuatu polisi yang boleh menyebabkan kerugian ke atas harta yang diinsuranskan. Ini berbeza dengan polisi insurans semua risiko yang melindungi semua peril melainkan peril yang dikecualikan.
12345678910...

Kembali ke atas