Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
biojisimbiomass1. Jumlah jisim semua organisma yang membentuk populasi atau aras trofik yang menduduki sesuatu kawasan. 2. Bahan biologi yang digunakan sebagai bahan api atau sumber tenaga.Menengah Atas
MatahariSunBintang yang berbentuk sfera besar yang mengandungi gas-gas terutamanya hidrogen dan helium. Matahari mempunyai garis pusat 1.39 × 106 kilometer dan dikelilingi oleh semua planet dalam sistem suria. Jarak minimum Matahari dari Bumi ialah kira-kira 1.49 × 108 kilometer.Menengah Rendah
lut sinartransparentSifat bahan yang membenarkan semua cahaya melaluinya. Contohnya, cermin pintu. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahSekolah Rendah
dinding selcell wallStruktur yang menyokong dan melindungi semua sel bagi tumbuhan, alga, kulat dan kebanyakan bakteria. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Rendah
gambar rajah litarcircuit diagramGambar rajah yang menggunakan simbol untuk mewakili semua komponen dalam litar dan bagaimana komponen tersebut bersambung antara satu dengan yang lain. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahSekolah Rendah
kotak hitamblack boxSebuah kotak yang digunakan dalam eksperimen. Kotak ini digunakan oleh murid untuk meneka objek yang terkandung di dalamnya menggunakan semua deria. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Rendah
gigi susumilk teethGigi yang mula tumbuh ketika bayi berusia antara enam hingga sepuluh bulan dan biasanya gigi susu akan tanggal satu persatu mulai umur kanak-kanak enam tahun. Set gigi ini terdiri daripada sebahagian atau semua gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahSekolah Rendah

Kembali ke atas