Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DEBU

Debu terdiri daripada zarah-zarah kecil semua

jenis jirim pepejal. Sebutir debu sebenar lebih

kecil daripada 1 /1000 milimeter. Debu yang lebih kasar

mungkin sebesar 5/ 1000 milimeter.

UMUM 
PERJANJIAN KAWASAN EKONOMI EROPAH (EEA

Perjanjian Kawasan Ekonomi Eropah (EEA)

mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1994. Perjanjian

ini mewujudkan kawasan perdagangan bebas yang

terbesar bagi 372 juta pengguna. Ia merupakan satu

perdagangan dan pakatan ekonomi antara semua

anggota Kesatuan Eropah berserta Norway dan

Iceland , iaitu ahli Pertubuhan Perdagangan Bebas

Eropah (EFTA). Liechtenstein turut sama dalam

perjanjian EEA ini pada 1 Mei tahun 1995.

UMUM 
ANGKA ROMAN

Angka Roman merupakan simbol yang

mewakili nombor. Semua angka Roman ditulis

berasaskan tujuh simbol asas, sama ada ditulis

secara berasingan ataupun digabungkan. Tujuh

simbol tersebut ialah I (1), V (5), X (10), L (50), C

(100), D (500), dan M (1000).

UMUM 
PERJANJIAN PERSEKUTUAN (1948)

Perjanjian Persekutuan (1948), perjanjian

bagi menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada

1 Februari 1948 untuk menggantikan Malayan

Union . Perjanjian ini melaksanakan bentuk kerajaan

Persekutuan dengan menggabungkan semua

negeri-negeri Melayu, iaitu Perlis, Kedah, Pulau

Pinang , Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka,

Johor, Terengganu dan Kelantan ke dalam satu

unit. Dengan itu terhapuslah konsep Negeri-negeri

Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak

Bersekutu dan Negeri-negeri Selat, yang wujud

sejak tahun 1796 di Semenanjung Tanah Melayu.

Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu adalah

asas pembentukan negara Tanah Melayu yang

merdeka (1957) dan pembentukan Malaysia (1963).

UMUM 
PENGKOMPUTERAN BAHASA

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENGKOMPUTERAN BAHASA, proses menggunakan komputer untuk penyelidikan, pengajaran dan penyebaran bahasa.  Pengkomputeran bahasa atau pemprosesan bahasa ialah istilah yang digunakan untuk menamakan secara umum semua proses yang menggunakan komputer bagi semua perkara yang berkait dengan bahasa, sama ada untuk penyelidikan bahasa itu sendiri secara in situ ataupun untuk tujuan menggunakannya sebagai alat.  Dalam penyelidikan bahasa misalnya, komputer dapat digunakan untuk menimba maklumat-maklumat linguistik seperti maklumat morfologi, sintaksis dan sebagainya.  Contohnya komputer boleh digunakan dalam sistem penterjemahan berkomputer, sistem kajian penulisan berkomputer dan sistem kamus elektronik.

BAHASASistem
PENGAJIAN MELAYU DI CHINA

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENGAJIAN Melayu DI cHINA, pusat pengajian bahasa Melayu.  Pengajian Melayu di China sudah mencapai hasil yang cukup berkesan pada zaman dahulu, namun semua pengajiannya masih dilakukan secara perseorangan tanpa ada satu pusat pengajian.  Pusat pengajian Melayu  yang pertama muncul pada tahun 1927 ketika Univesiti Jinan, Shanghai menyelenggarakan Departmen Usaha Kebudayaan Nanyang.  Pengajian Melayu merupakan salah satu kursus yang dikendalikan di universiti ini.  Pada masa perang menentang Jepun, The South Seas Society yang dipindahkan dari Singapura ke Chongging pada tahun 1942, menjadi pusat pengajian Melayu yang penting.  Pada bulan Julai 1949, Jurusan Melayu digabungkan ke dalam Fakulti Bahasa Timur di Universiti Peking dan namanya ditukar kepada Jurusan Bahasa Indonesia.  Inilah pusat pengajian Melayu yang pertama selepas tertubuhnya Republik Rakyat China.  Kursus ini menitikberatkan bahasa, sastera, kebudayaan dan sejarah Indonesia/Melayu. 

BAHASAInstitusi/Organisasi
NOMBOR BULAT

Nombor bulat ialah nombor-nombor yang bermula dari 0, 1, 2, 3, 4, 5, ....  Set kepada semua nombor bulat boleh diwakili dengan simbol W = {0, 1, 2, 3, ...}.  Nombor bulat (1, 2, 3...) juga dikenali sebagai nombor pembilang, dan nombor tabii.

MATEMATIKKonsep
KILOWATT

Kilowatt ialah unit kuasa elektrik. Simbolnya

ialah kW. Ia digunakan di semua negara, termasuk

negara yang biasanya tidak menggunakan sistem

metrik. Satu kilowatt bersamaan 1000 watt, atau

1.34 kuasa kuda.

UMUM 
METABOLISME

Metabolisme ialah jumlah proses kimia yang

membolehkan sel menghasilkan bahan dan

tenaga yang diperlukan untuk hidup.

Metabolisme mempunyai dua fasa: (1) anabolisme

atau metabolisme membina, iaitu sel

menggabungkan molekul untuk membentuk bahan

organik baru, dan (2) katabolisme atau

metabolisme memusnah, iaitu sel menguraikan

molekul untuk mendapatkan tenaga dan

membebaskan haba. Semua organisma melakukan

kedua-dua fasa ini secara tetap. Rencana ini secara

khusus membincangkan metabolisme manusia,

tetapi, proses yang serupa berlaku pada haiwan

peringkat tinggi.

UMUM 
EJAAN UNIVERSITI MALAYA

EJAAN UNIVERSITI MALAYA, sistem ejaan yang disusun oleh Asmah Haji Omar, Sistem ejaan ini disusun untuk kegunaan ahli Universiti Malaya dalam bidang pentadbiran serta pelajaran kerana memenuhi Dasar Bahasa 1970 yang  menetapkan bahawa semua urusan akan dijalankan dalam bahasa Malaysia. Sistem ini mula dilaksanakan di universiti Malaya pada 1 Januari 1971.

BAHASABahasa
12

Kembali ke atas