Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : segala-galanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata semua-semuanya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
implicationimplikasiMatematikTiadaPernyataan majmuk yang berbentuk “Jika p, maka q”, dengan p dan q mewakili pernyataan. Dalam implikasi, “Jika p, maka q”, pernyataan “p” dikenali sebagai antejadian atau hipotesis dan pernyataan “q” dikenali sebagai akibat. Contoh: Implikasi Antejadian atau hipotesis Akibat Jika awan mendung, maka semua kedai tutup awan mendung semua kedai tutup Jika segi tiga ABC sama sisi, maka semua sudutnya sama segi tiga ABC sama sisi semua sudutnya sama Jika sudut bagi sisi empat ABCD yang bertentangan adalah sama, maka sisi empat ABCD ialah suatu segi empat tepat sudut bagi sisi empat ABCD yang bertentangan adalah sama sisi tempat ABCD ialah suatu segi empat tepat Perhatikan semua contoh ini berbentuk implikasi, tetapi tidak semuanya pernyataan benar.
value systemsistem nilaiSains PolitikPolitik PerbandinganNilai atau budaya dalam masyarakat yang dikongsi bersama menurut suatu sistem yang lahir daripada masyarakat tersebut. Sistem ini merupakan sebahagian daripada kebudayaan yang dilihat sebagai suatu standard yang diterima oleh semua anggota masyarakat. Nilai kekeluargaan, perayaan, seni, sosial dan politik semuanya terkandung dalam satu sistem nilai. Terdapat sistem nilai dalam masyarakat yang melarang wanita menjadi pemimpin, tetapi terdapat juga sistem nilai yang membenarkannya. Sistem nilai ini bergantung sepenuhnya kepada latar belakang, sejarah dan kebudayaan masyarakat tersebut. Contohnya, mengkritik pemimpin secara berhadapan dianggap kurang ajar dalam nilai masyarakat Melayu atau Malaysia amnya tetapi dianggap normal atau biasa kepada masyarakat Eropah atau Barat.
rule of lawkedaulatan undang-undangSains PolitikPolitik PerbandinganPeraturan dalam sesebuah negara yang berpegang kepada penguatkuasaan undang-undang negara tersebut. Kerajaan melaksanakan pemerintahan berasaskan perlembagaan negara. Pilihan raya yang dilaksanakan, cara persaingan dan saiz ruang politik yang dibenarkan dan ruang perniagaan yang diberikan semuanya menurut batasan perlembagaan. Dengan garis panduan ini, keamanan negara, kestabilan politik, persaingan ekonomi dan keharmonian hubungan sosial akan berjalan menurut peraturan yang tertib. Dalam negara ini, kedudukan undang-undang dipelihara dan dipatuhi oleh semua pihak sama ada orang kebanyakan, golongan pendatang, pembangkang dan pemerintah. Dengan ini, perlembagaan negara diterima oleh semua dan pemerintahan negara dilaksanakan menurut batasan perlembagaan. Contohnya, kedaulatan undang-undang yang dipegang oleh pemerintah Malaysia telah memelihara kestabilan politik dan hubungan kaum di negara ini.

Kembali ke atas