Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.mu.la] | سمولا

Definisi : 1. yg dahulu, yg mula-mula, sediakala: orang sakit itu sudah sembuh spt ~; 2. yg paling awal, yg pertama sekali: pendapatnya sekarang ini berlainan dr ~; 3. (sejak) awal, (dr) mula sekali: sejak ~ dia tidak bersetuju; 4. diulang sekali lagi (dr mula), lagi sekali: sejurus kemudian ia merebahkan dirinya ~ di atas katil; 5. balik (spt sediakala), kembali (spt dahulu): perasaan marah dan geramnya telah sejuk ~; membebaskan bandar itu ~ drpd tangan musuh; ~ jadi yg diwarisi baka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.mu.la] | سمولا

Definisi : 1 sekali lagi: Ia terpaksa menulis surat itu ~. 2 balik spt dahulu atau spt sedia kala; kembali spt yg mula-mula (keadaan, tempat dll): Badannya sudah sihat ~ selepas memakan ubat. 3 yg mula-mula; yg pertama sekali: Perangainya sekarang berbeza benar drpd ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mula
Kata Terbitan : mula-mula, semula, bermula, memulakan, memulai, permulaan, pemula,

Puisi
 

Mari kusayur dengan petola,
     Bunga lengkuas berangkai-rangkai;
Kalaulah diulang dari semula,
     Kekasih bertuah tak dapat dipakai.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Bunga layu kembang semula.

Bermaksud :

Orang tua yang bersolek seperti orang muda.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Soalan mengenai susunan kata dalam frasa nama. 1. PELAKSANAAN SEMULA EKONOMI atau PELAKSANAAN EKONOMI SEMULA. 2. SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN atau SEMAKAN KEPUTUSAN SEMULA PEPERIKSAAN. Terima kasih.Susunan frasa yang betul ialah "PELAKSANAAN SEMULA EKONOMI" dan "SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN".  Tatabahasa27.03.2022
Salam. Yang mana lebih tepat penggunaan. kitar semula atau mengitar semula. Adakah maksud perkataan mengitar boleh berdiri sendiri atau perlu mengitar-ngitar. Terima kasih.Kitar semula dan mengitar semula, kedua-duanya betul. Kata kitar semula hadir sebagai satu rangkai kata daripada padanan bahasa Inggeris recycle. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, mengitar sama maksud dengan mengitar-ngitar, iaitu  1. = mengitar-ngitar berkisar(­kisar), berputar(-putar); 2. = mengitar-­ngitar berkeliling, beredar; 3. = mengitar­-ngitar memusing-musing, memutar-mutar: serta dikitar-kitarnya tombaknya, lalu ditikamkan pd dada Tun Tuah.Istilah17.03.2010
1) Mana satu yang betul susun semula program atau merangka semula program 2) adakah perkataan gender boleh digunakan?Kedua-dua frasa iaitu "menyusun semula program" atau "merangka semula program" boleh digunakan.   
Perkataan "gender" juga terdapat dalam Kamus Dewan Perdana dan boleh diguna pakai dalam ayat. 
Tatabahasa18.12.2022
Assalamualaikum, adakah pihak DBP boleh cetak semula atau terbit semula buku-buku yang pernah DBP keluarkan sebelum ini? terbitan semula tersebut untuk peribadi. Terdapat beberapa buah buku yang saya ingin DBP cetak semula kerana buku-buku tersebut sukar didapati pada waktu ini. Saya berharap pihak DBP dapat berbuat demikian kerana saya sangat berminat untuk membaca penulisan buku-buku tersebut. Dan berapakah kos cetak semula itu?Salam tuan, Permohonan Cetak Ulang Buku Terbitan DBP Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. Berikut merupakan perkara yang perlu dilakukan sekiranya pihak tuan ingin memohon cetak ulang buku terbitan DBP: 1. Surat rasmi permohonan judul buku yang ingin dicetak ulang perlu dikemukakan kepada: Pengarah, Jabatan Penerbitan, Aras 10, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur. 2. Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP akan menyemak baki stok dan pasaran buku tersebut jika dicetak ulang. Sekian, terima kasih.Lain-lain14.02.2021
COUNTER PURPOSETAWARAN SEMULA/CADANGAN SEMULAIstilah29.11.2010
salam sejahtera. Pembukaan sekolah semula atau Pembukaan semula sekolah? Terima kasih.Pembukaan sekolah semula betulLain-lain01.07.2020
Salam sejahtera, Yang manakah antara "cas semula" atau "caj semula" sesuai digunakan untuk terjemahan "recharge" dalam bidang teknologi maklumat? Frasa ini digunakan pada aplikasi telefon pintar. Untuk aplikasi ini, "recharge" bermaksud untuk mengisi semula akaun pengguna dengan wang atau kredit. Contoh ayat: Recharge your account. Mohon pendapat pihak DBP. Terima kasih.Cas bermaksud jumlah tenaga elektrik yang tersimpan dalam sesuatu, misalnya kapasitor, bateri manakala caj pula bermaksud bayaran yang dikenakan untuk sesuatu perkhidmatan atau barang yang dibeli. Berdasakan maksud ayat yang dinyatakan, padanan kata yang sesuai untuk ayat recharge your account ialah caj semula.Makna04.11.2018
apa erti penjenemaan semula,faedah penjenamaan semulaSila rujuk bahan ini : 1. Brand failures: the truth about the 100 biggest branding mistakes of all time Haig, Matt Kogan Page 2003 2. Penjenamaan merentasi sempadan : panduan pemasaran jenama global Gregory, James R. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad 2007Lain-lain12.09.2007
Cikgu, bolehkah saya tanya 'menilai semula dasar pentaksiran dan peperiksaan' dan 'menilai dasar pentaksiran dan peperiksaan semula' manakah yang betul ? atau kedua-dua pun betul ?Kedua-duanya betul.

1. Menilai semula dasar pentaksiran dan peperiksaan 
2. Menilai dasar pentaksiran dan peperiksaan semula
Tatabahasa11.11.2021
1) apakah maksud peletakan dari sudut pelancongan? 2) apakah maksud peletakan semula dari sudut pelancongan?

Saudara,

Soalan tidak jelas. Adakah bermaksud penempatan dan penempatan semula? Sila kemukakan soalan semula

Lain-lain07.07.2010
12345678910...

Kembali ke atas