Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.mu.la] | سمولا

Definisi : 1. yg dahulu, yg mula-mula, sediakala: orang sakit itu sudah sembuh spt ~; 2. yg paling awal, yg pertama sekali: pendapatnya sekarang ini berlainan dr ~; 3. (sejak) awal, (dr) mula sekali: sejak ~ dia tidak bersetuju; 4. diulang sekali lagi (dr mula), lagi sekali: sejurus kemudian ia merebahkan dirinya ~ di atas katil; 5. balik (spt sediakala), kembali (spt dahulu): perasaan marah dan geramnya telah sejuk ~; membebaskan bandar itu ~ drpd tangan musuh; ~ jadi yg diwarisi baka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.mu.la] | سمولا

Definisi : 1 sekali lagi: Ia terpaksa menulis surat itu ~. 2 balik spt dahulu atau spt sedia kala; kembali spt yg mula-mula (keadaan, tempat dll): Badannya sudah sihat ~ selepas memakan ubat. 3 yg mula-mula; yg pertama sekali: Perangainya sekarang berbeza benar drpd ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mula
Kata Terbitan : mula-mula, semula, bermula, memulakan, memulai, permulaan, pemula,

Puisi
 

Mari kusayur dengan petola,
     Bunga lengkuas berangkai-rangkai;
Kalaulah diulang dari semula,
     Kekasih bertuah tak dapat dipakai.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Bunga layu kembang semula.

Bermaksud :

Orang tua yang bersolek seperti orang muda.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
recompositionrekomposisipengarangan semulapenyusunan semula; pengarangan semulaLinguistik
reshootpenggambaran semulapenggambaran semulapenggambaran semulaKomunikasi Massa
retellingpenceritaan semulapenceritaan semulapenceritaan semulaKesusasteraan
replayputar semulaputar semulaputar semulaKomunikasi Massa
back announcementhebahan semulahebahan semulahebahan semulaKomunikasi Massa
tubular reabsorptionserapan semula tubulpenyerapan semula tubulpenyerapan semula tubulVeterinar
revivalistic movementgerakan bangun semulagerakan bangun semulagerakan bangun semulaAntropologi
reengineeringrekayasa ulangmerekayasa semula/perekayasaan semulaperekayasaanSains Politik
product redistributionagihan ubah semula produkagihan semula keluaranagihan semula keluaranEkonomi
clay regenerationregenerasi tanah liatpenjanaan semula tanah liat/ penjanaan semula lempungpenjanaan semula lempungKejuruteraan
12345678910...

Kembali ke atas