Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.mu.la] | سمولا

Definisi : 1. yg dahulu, yg mula-mula, sediakala: orang sakit itu sudah sembuh spt ~; 2. yg paling awal, yg pertama sekali: pendapatnya sekarang ini berlainan dr ~; 3. (sejak) awal, (dr) mula sekali: sejak ~ dia tidak bersetuju; 4. diulang sekali lagi (dr mula), lagi sekali: sejurus kemudian ia merebahkan dirinya ~ di atas katil; 5. balik (spt sediakala), kembali (spt dahulu): perasaan marah dan geramnya telah sejuk ~; membebaskan bandar itu ~ drpd tangan musuh; ~ jadi yg diwarisi baka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.mu.la] | سمولا

Definisi : 1 sekali lagi: Ia terpaksa menulis surat itu ~. 2 balik spt dahulu atau spt sedia kala; kembali spt yg mula-mula (keadaan, tempat dll): Badannya sudah sihat ~ selepas memakan ubat. 3 yg mula-mula; yg pertama sekali: Perangainya sekarang berbeza benar drpd ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mula
Kata Terbitan : mula-mula, semula, bermula, memulakan, memulai, permulaan, pemula,

Puisi
 

Mari kusayur dengan petola,
     Bunga lengkuas berangkai-rangkai;
Kalaulah diulang dari semula,
     Kekasih bertuah tak dapat dipakai.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Bunga layu kembang semula.

Bermaksud :

Orang tua yang bersolek seperti orang muda.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
acephalous (asefalon) Berkaitan dengan larva yang kelihatan tidak berkepala atau mempunyai kepala yang amat kecil dan tidak terpisah dari toraks secara jelas. Contohnya, larva lalat rumah. (BIO) acetabuloplasty (asetabuloplasti) Pembentukan semula asetabulum melalui kaedah pembedahan plastik. (UBAT) acetal (asetal) Plastik berketahanan kakisan tinggi terhadap kebanyakan pelarut organik ke- cuali asid dan alkali yang pekat. (KEJ) acetal resin (resin asetal) Hasilan termoplastik xantina dan ammonia. (KIM) adenine deoxyriboside (deoksiribosida adenina) Nukleosida yang terdiri daripada satu molekul gula deoksiribosa dan satu bes adenina. (BIO) adenine phosphoribosyltransferase (adenina fosforibosiltransferase) Enzim yang bertanggungjawab terhadap sintesis semula AMP daripada adenina dan fosforibosilpirofosfat. (KIM) adenitis (adenitis) Inflamasi kelenjar. (UBAT) adenoblast (adenoblas) Sel kelenjar yang masih pada peringkat muda. (BIO) adenocarcinoma (adenokarsinoma) Sejenis karsinoma yang berasal daripada tisu kelenjar

Kembali ke atas