Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.mu.la] | سمولا

Definisi : 1. yg dahulu, yg mula-mula, sediakala: orang sakit itu sudah sembuh spt ~; 2. yg paling awal, yg pertama sekali: pendapatnya sekarang ini berlainan dr ~; 3. (sejak) awal, (dr) mula sekali: sejak ~ dia tidak bersetuju; 4. diulang sekali lagi (dr mula), lagi sekali: sejurus kemudian ia merebahkan dirinya ~ di atas katil; 5. balik (spt sediakala), kembali (spt dahulu): perasaan marah dan geramnya telah sejuk ~; membebaskan bandar itu ~ drpd tangan musuh; ~ jadi yg diwarisi baka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.mu.la] | سمولا

Definisi : 1 sekali lagi: Ia terpaksa menulis surat itu ~. 2 balik spt dahulu atau spt sedia kala; kembali spt yg mula-mula (keadaan, tempat dll): Badannya sudah sihat ~ selepas memakan ubat. 3 yg mula-mula; yg pertama sekali: Perangainya sekarang berbeza benar drpd ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mula
Kata Terbitan : mula-mula, semula, bermula, memulakan, memulai, permulaan, pemula,

Puisi
 

Mari kusayur dengan petola,
     Bunga lengkuas berangkai-rangkai;
Kalaulah diulang dari semula,
     Kekasih bertuah tak dapat dipakai.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Bunga layu kembang semula.

Bermaksud :

Orang tua yang bersolek seperti orang muda.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
redistributionpenaburan semula; pengagihan semula; taburan semulaFizikTiadaTiada
redistributionpenaburan semula; pengagihan semula; taburan semulaGeologiTiadaTiada
redistributionpenaburan semula; pengagihan semula; taburan semulaKejuruteraanTiada1. Pengubahan cas-cas pada sesuatu kawasan permukaan storan oleh elektron sekunder dari sebarang kawasan lain permukaan itu dalam tiub storan cas atau tiub kamera televisyen.
regelationpengegelan semula; pembekuan semulaGeografiTiadaPembekuan semula: Proses pembekuan semula ais setelah cair akibat tekanan daripada dalam jisim ais.
regelationpengegelan semula; pembekuan semulaGeologiTiadaPembekuan semula: Proses pembekuan semula ais setelah cair akibat tekanan daripada dalam jisim ais.
reafforestationpenghutanan semulaGeografiTiadaProses memperbaharui hutan atau tanah gondol dengan membiarkan pokok tumbuh semula secara semula jadi atau ditanam semula.
resurgencekebangkitan semula; segar semulaGeografiTiadaKewujudan semula sebuah sungai di permukaan tanah di atas batuan tak telap air tetapi lenyap ke dalam tanah apabila sampai ke strata batuan kapur.
reconstructionpembentukan semula; pembinaan semulaKejuruteraanTiadaPembinaan semula: Proses yang melibatkan atom di permukaan pepejal menyesar dan membentuk jalur yang berbeza dengan atom-atom pada pepejal pukal.
regenerative repeaterpengulang jana semulaKejuruteraanTiada1. Pengulang yang menjana semula denyut untuk memulihkan rupa bentuk asal.,2. Pengulang dalam kegunaan telegraf, untuk memasakan semula dan menghantar semula dedenyut-dedenyut isyarat yang diterima, yang telah dipulihkan ke kekuatan asalnya.,3. Litar yang mensampel denyut-denyut yang datang dan menghantarnya semula dengan pemasaan yang sempurna dan tanpa herotan.
regelationpengegelan semula; pembekuan semulaFizikTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas