whole dollar premium | premium dolar genap | insurans | Tiada | Premium yang digenapkan ke ringgit yang terdekat dan tidak dibawa kepada sen yang terdekat. Contoh: 51 sen atau lebih biasanya digenapkan kepada satu ringgit dan sebarang jumlah sen yang kurang daripada itu tidak diambil kira. |
hydraulic valve lifter | pengangkat injap hidraulik | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Peranti yang menggunakan tekanan hidraulik minyak enjin untuk melaraskan panjangnya dan menyebabkan peranti sen- tiasa bersentuhan dengan cuping sesondol atau rod penolak. Keadaan ini mengekalkan kelegaan injap sifar supaya hingar yang dijanakan oleh rangkaian injap tersebut berada pada tahap minimum. |
octosyllabic | astasuku | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang setiap baris terbentuk daripada beberapa perkataan yang mempunyai lapan suku kata. Walau bagaimanapun pembinaan suku kata demikian pada setiap baris dalam sesuatu rangkap atau rangkap sesebuah puisi itu adalah jarang-jarang digunakan. Contohnya, petikan puisi "Bersama Ombak" dalam kumpulan Pengantin Laut, karya J.M. Aziz. Di/ ba/wah te/ma/sya sen/ja 1 2 3 4 5 6 7 8 |