Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (séna) sl (bala) tentera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj tumbuhan (pokok), angsana, Ptero-carpus indicus; ~ bima (hutan) sj tumbuhan (pokok), Colubrina anomala. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj pokok yg berdaun rendang dan bunganya berwarna kuning; ang­sana, Pterocarpus indicus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sena (kata nama,)
Bahasa Asal :sastera lama
Bersinonim dengan askar, tentera, soldadu, sojar, angkatan bersenjata, militer;,

Puisi
 

Pokok sena daun pun sena,
     Daun jatuh dalam telaga;
Bulan mana hari mana,
     Boleh kita berjumpa pula.


Lihat selanjutnya...(21)

Pantun

PantunSumberTema
Pokok sena dahan sena, Sulur-menyulur di tepi perigi; Tahun mana musim yang mana, Haraplah kita jumpa lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pokok sena daun pun sena, Daun jatuh dalam telaga; Bulan mana hari mana, Boleh kita berjumpa pula.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pokok sena pokok kuini, Ikan Sepat mabuk di paya; Biar berhutang di sana sini, Asal dapat tunjuk gaya.Pantun Melayu SarawakNasihat
Bunga sena sayur mengkuang, Sudah dipetik jual ke kedai; Banyak tanah luas terbentang, Sudah dipajak sudah digadai.Pantun Melayu SarawakKasih
Bunga sena datuk, Kembang tajul Malai; Selawat pinang datuk, Masuk jenung balai.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Bunga sena kuning mencelah, Daun kering jatuh bersepah; Saya yang hina buang sebelah, Hidup di dunia bagai sampah.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Bunga sena dalam jerami, Putik kandis dalam dulang; Cuba guna dalam nyanyi, Bawa nyanyi depan orang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Pokok sena kampung seberang, Satu dahan dua cabang; Apabila kena getah abang, Lalat yang liar tak boleh terbang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pokok sena dahan bercantum, Tempat bersarang burung tekukur; Kalau bunga bukan sekuntum, Kumbang juga bukan seekor.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pohon sena cabangnya empat, Mari terbang waktu pagi; Kalau kena dengan makrifat, Burung terbang menyerah diri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas