Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.na.ma.ki] | سناماکي

Definisi : sj tumbuhan (pokok renek yg daun-nya dibuat ubat), Cassia angustifolia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata senamaki


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
laxativelaksatifHerbaTiadaBahan herba yang digunakan untuk merawat sembelit secara merangsang usus besar atau melembikkan feses. Contohnya, lidah buaya dan senamaki. Sinonim purgatif.
cholagoguekolagogHerbaTiadaHerba yang digunakan untuk meningkatkan pengeluaran hempedu bagi membantu proses penghadaman dan bertindak sebagai laksatif ringan. Contohnya, hempedu bumi, senamaki, lidah buaya dan keladi hutan.
standardised extractekstrak terpiawaiHerbaTiadaSediaan ekstrak herba yang mengandungi kuantiti yang setara dengan bahan herba yang diungkap dalam julat (x-y) dan nisbah julat bahan herba dengan sediaan herba tulen yang diungkapkan sebagai (a - b) : 1. Contohnya, ekstrak kering terpiawai daun senamaki (Sennae folium) dalam etanol (60%v/v) mengandungi 50-65 mg ekstrak yang setara dengan 12.5 mg glikosida hidroksiantrasena sebagai senosida B.
leafdaunHerbaTiadaOrgan utama fotosintesis tumbuhan. Daun tumbuh daripada batang atau dahan dan terdiri daripada lamina dan tangkai daun. Daun utuh dalam bentuk kering atau segar digunakan sebagai bahan mentah herba selepas dikisar atau diserbukkan. Contohnya, daun misai kucing, daun teh, daun senamaki dan daun dukung anak.
herbal medicinal productsproduk herba berubatHerbaTiadaKeluaran sediaan berubat yang mengandungi bahan aktif sama ada satu atau lebih bahan atau sediaan herba atau campuran kedua-duanya. Produk herba berubat boleh disediakan dalam pelbagai bentuk dos seperti pil, tablet, kapsul dan tampalan. Contohnya, tablet herba laksatif mengandungi ekstrak daun senamaki (Senna folium).
visible spectrophotometryspektrofotometri nampakHerbaTiadaKaedah analisis berdasarkan pengukuran keamatan warna suatu komponen kimia dalam bahan herba. Kaedah ini menentukan kandungan komponen kimia yang dapat menyerap sinaran nampak pada panjang gelombang antara 400 nm - 800 nm dan digunakan untuk mengawal kualiti bahan mentah dan produk herba. Contohnya assai kandungan sennosida B dalam daun senamaki dan ujian kuasa pewarnaan rosel. Sinonim kolorimetri.

Kembali ke atas