Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.nam.ro.bik] | سنمروبيک

Definisi : latihan jasmani yg mengga­bung-kan aerobik dan senaman biasa (lazimnya dilakukan beramai-ramai sbg suatu acara). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata senamrobik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah kata kerja yang sesuai untuk senamrobik? ( menjalankan senamrobik / membuat aktiviti senamrobik ) Terima kasih.Frasa yang sesuai ialah: menjalankan aktiviti senamrobikTatabahasa17.08.2023
1. Saya membuat senamrobik di padang. 2. Saya melakukan senamrobik di padang. 3. Saya bersenamrobik di padang. Ayat manakah yang betul?Ayat yang betul ialah "Saya melakukan senamrobik di padang." dan "Saya bersenamrobik di padang."

Tatabahasa09.06.2023
Adakah senamrobik dikira sebagai akronim? Daripada perkataan senaman aerobik.Senamrobik ialah latihan jasmani yg mengga­bungkan senaman biasa dan aerobik. Ia dikategorikan sebagai kata akronim bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain dalam perkataan yang mengikutinya.Lain-lain24.01.2021
Pohon bantuan...manakah lebih sesuai untuk papan iklan, adakah 'Pusat Aerobik' atau 'Pusat Senamrobik'..TKPusat Aerobik dan Pusat Senamrobik, kedua-duanya boleh digunakan.Tatabahasa14.09.2011
Salam sejahtera, 1. Murid-murid diminta berjalan menuju ke Blok C. 2. Murid Kumpulan D diminta membuat persembahan senamrobik dalam talian. 3.Kita perlu mengambil Vitamin C setiap hari. * Blok C , blok tulis dalam huruf besar atau kecil termasuk c. *Kumpulan D, kumpulan tulis dalam huruf besar atau kecil. *Vitamin C, vitamin ditulis dalam huruf besar atau kecil? Sila berikan pencerahan.Terima kasih.

Ketiga-tiga perkataan perlu ditulis dengan huruf kecil, iaitu blok C, kumpulan D dan vitamin C kerana perkataan tersebut merupakan kata nama am. Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang umum sifatnya. Contohnya kereta, cuaca dan keadilan.

Manakala perkataan yang ditulis dengan huruf besar ialah kata nama khas. Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan  seumpamanya. 

Kata nama khas dibahagikan kepada dua kumpulan:
(i) Kata nama khas hidup (manusia dan bukan manusia). Contohnya Tun Abdul Razak (manusia) dan Tompok (bukan manusia).
(ii) Kata nama khas tak hidup. Contohnya Melayu dan Universiti Putra Malaysia.      

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 95 - 101.

Tatabahasa25.07.2021
assalamaualaiku. 1.Apakah nama yang sesuai dalam Bahasa Melayu bagi orang yang menjadi instruktors?atau adakah sesuai kita gunakan juru pandu senamrobik?byukankah instruktors itu dalam Bahasa Inggeris? 2.Apakah nama perkataan sesuai untuk untuk Bahasa Melayu bagi orang yang berdiri di hadapan memimpin koir,atau memimpin nyanyian@kumpulan muzik1. Padanan instruktor dalam bahasa Melayu ialah pengajar atau jurulatih. Jika yang berkaitan akademik dan kemahiran "pengajar" lebih sesuai digunakan, manakala yang berkaitan dengan kecergasan dan kesukanan "jurulatih" yang digunakan.
2. Pemimpin kumpulan koir atau pemimpin dan pemimpin kumpulan muzik.
Tatabahasa05.07.2012

Kembali ke atas