Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.nan.di.ka] | سننديک

Definisi : (Sas) percakapan seorang diri oleh watak, biasanya dlm drama atau bentuk karya sastera lain, yg ditujukan kpd dirinya sendiri atau pendengar (penonton) utk mengungkap-kan perasaan, konflik batin, firasat dsb yg dihadapinya atau utk memberikan sesuatu maklumat kpd pendengar (penonton) itu; bersenandika mengungkapkan senandika. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata senandika


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ada menulis lirik lagu anti dadah. Sebelum lagu dinyanyikan saya mencipta beberapa baris ayat untuk dibaca. Masalah saya : bolehkah ayat-ayat yang dibaca itu disebut SENANDIKA ? ATAU ada perkataan lain yang lebjh sesuai. Terima kasih.

Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan senandika sebagai percakapan seorang diri oleh watak, biasanya dlm drama atau bentuk karya sastera lain, yg ditujukan kpd dirinya sendiri atau pendengar (penonton) utk mengungkapkan perasaan, konflik batin, firasat dsb yg dihadapinya atau utk memberikan sesuatu maklumat kpd pendengar (penonton) itu. Oleh itu,  istilah ini boleh digunakan dalam konteks tersebut.

Istilah14.03.2010
Saya ada mencipta lagu koir Anti Dadah. Sebelum lagu dinyanyikan ada beberapa baris ayat untuk dibaca oleh salah seorang peserta koir saya untuk diperdengarkan kepada penonton. Masalah saya : Bolehkah beberapa baris ayat yang dibaca dihadapan penonton itu disebut sebagai SENANDIKA ? atau mungkin pihak tuan dapat memberi perkataan yang sesuai. Terima kasih.

Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan senandika sebagai percakapan seorang diri oleh watak, biasanya dlm drama atau bentuk karya sastera lain, yg ditujukan kpd dirinya sendiri atau pendengar (penonton) utk mengungkapkan perasaan, konflik batin, firasat dsb yg dihadapinya atau utk memberikan sesuatu maklumat kpd pendengar (penonton) itu. Oleh itu,  istilah ini boleh digunakan dalam konteks tersebut.

Istilah14.03.2010

Kembali ke atas