Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sen.da.an] | سنداءن

Definisi : sesuatu (bahan dsb) yg di­per-sendakan: ibu tidak mahu kau jadi ~ orang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sendaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kami berhasrat mendapatkan makna, maksud, definasi "Satira" dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, secara rasmi dan bertulis.Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 1972) kata satira bermaksud seperti yang berikut:

satira kata nama
1 karya seperti novel, filem dan drama yang menggunakan unsur jenaka untuk menyindir, mengejek, mempersendakan dan sebagainya kelemahan atau kesilapan seseorang atau sesuatu.
Contoh penggunaan: Satira ini mengisahkan kebusukan sikap pemimpin yang mengamalkan rasuah dan kronisme.

2 sindiran, ejekan, sendaan dan sebagainya berbentuk jenaka untuk menyatakan kelemahan atau kesilapan seseorang atau sesuatu.
Contoh penggunaan: Jenaka menjadi wadah untuk menyalurkan satira dan kritikan di samping menjadi bahan hiburan.

Terdapat dua maksud satira yang diberikan bergantung kepada konteks penggunaan kata tersebut. Untuk maklumat lanjut khususnya tentang kata terbitan dan makna kata ini, sila semak kamus terkini terbitan DBP.
Makna15.01.2024

Kembali ke atas