Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sen.di] | سندي

Definisi : 1. = ~ tulang = tulang ~ = persendian tempat ruas tulang (bahagian anggota) berhubung, perhubungan tulang-tulang: takut dan dahsyatlah ia, menggeletar segala ~ anggotanya; 2. = persendian tempat ber-sambungnya dua benda (spt pintu dll), sam-bungan yg boleh dilipat-lipatkan, engsel; 3. simpai (bingkai, ikatan, dll) pd sesuatu, salut; ~ bahu tempat berhubungnya tulang pangkal lengan dgn tulang belikat; ~ engsel sendi yg bertindak spt engsel, yg hanya membolehkan pergerakan pd satu satah, mis sendi siku; ~ kata kata yg menghubungkan dua kata atau ayat, kata penghubung; ~ lesung sendi yg terbentuk di antara hujung tulang yg ber-bentuk separuh bulat dgn hujung tulang yg berbentuk lesung, yg membolehkan anggota digerakkan dgn bebas, mis sendi bahu dan sendi pinggul; ~ lutut sendi yg menghubungkan tulang betis dgn tulang paha; bersendi, bersendi-sendi 1. ada sendinya, berhubungan antara satu dgn yg lain dgn sendi: periksa kepala lipas dgn kanta tangan dan perhatikan sesungutnya yg panjang dan ~; 2. bersalut dgn, bersimpai dgn, berbingkai dgn: ... suatu perasapan emas, ~ suasa, berselang dgn permata; bagai tanduk ~ gading prb hal keadaan yg tidak sepadan; menyendi 1. memberikan bersendi; 2. = menyendi-nyendi memotong (mengerat) kaki-kaki binatang yg disembelih; 3. menyalut: pakaiannya drpd baldu dan drpd timah, disendi dgn perak, rupanya spt sisik naga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sen.di] | سندي

Definisi : 1. = batu ~ batu pengalas tiang rumah dll, batu pengganjal; 2. ki dasar, asas, lunas, pegangan; bersendi memakai batu sendi (alas, peng-ganjal); bersendikan 1. memakai (menggunakan) sesuatu sbg batu sendi; 2. berdasarkan, berasaskan, berpegang pd (sbg pedoman): tuntutan adat yg ~ hukum; kita patut insaf bahawa masing-masing bahasa moden di dunia ini ~ suatu sistem yg tertentu; menyendi membubuh batu sendi (di bawah tiang dll); menyendikan, mempersendikan men­dasar-kan sesuatu pd, mengasaskan; persendian asas, dasar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sen.di] | سندي

Definisi : 1 = ~ tulang, = persendian bahagian tempat ruas-ruas tulang berhubung antara satu dgn yg lain: Segenap ~nya terasa sakit-sakit. 2 = persendian bahagian tempat ber­sambungnya dua benda; sambungan pd sesuatu yg dpt dilipat-lipat; engsel. ~ lesung sendi yg bahagian hujungnya bulat dan terletak dlm rongga utk memungkinkan anggota digerakkan dgn bebas (spt pd sendi paha atau sendi tangan). ~ paha sendi pd paha. ~ tangan sendi pd tangan. bersendi berhubung antara satu dgn yg lain dgn sendi; ada sendinya. bersendi-sendi banyak sendinya: Sesungutnya panjang dan ~. menyendi 1 memberi ber­­sen­di. 2 mengerat sendi-sendi binatang yg disembelih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sen.di] | سندي

Definisi : 1 = batu ~ batu yg digunakan utk mengalas tiang rumah. 2 ki sesuatu yg digunakan sbg dasar; asas: Rukun Negara dijadikan ~ pembangunan masyarakat baru. bersendi memakai batu sendi: Rumah kampung ke­banyakannya tidak ~. bersendikan 1 mempunyai sesuatu sbg sendi: Rumah itu ~ batu. 2 menggunakan sesuatu sbg dasar atau sbg pegangan; berasaskan: Gerakan politik yg ~ ajaran Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sendi
Kata Terbitan : persendian, bersendi, menyendi,

Puisi
 

Ingin pergi Kuala Tembelang,
     Tamat berjalan Kuala Cik Bilang;
Sakit di sendi ubat di tulang,
     Mana penyakit bolehkan hilang.


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
numbnessn 1. kekebasan, rasa kebas: the ~ of the joints, rasa kebas pd sendi-sendi; 2. (fig.) perasaan kaku: the ~ caused by shock soon wore off, perasaan kaku akibat terkejut segera hilang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jointn 1. place where two things are joined, tempat sambung: the furniture is so well made that the ~s are practically invisible, perabot itu sangat baik buatannya hingga tempat sambungnya hampir tdk kelihatan; 2. device by which two things are joined, penyambung: the ~ between the two pipes, penyambung antara kedua-dua paip; 3. (anat) sendi: swollen ~s, sendi-sendi yg bengkak; 4. (bot) buku; 5. (large piece of meat) potong: a ~ of beef, sepotong daging lembu; 6. (sl) place frequented by gamblers, drug addicts, etc, sarang; 7. (sl) cigarette containing drug, rokok ganja; out of ~, (of knee, ankle, etc) terkehel, terseliuh, tergeliat, terpiuh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stiffen3. become difficult to move freely, tighten, (menjadi) /kejang, pegal/: after strenuous exercise it is advisable to take a hot bath before your muscles ~, selepas bersenam dgn teruknya, memang elok mandi dgn air panas sebelum otot-otot menjadi kejang; with the onset of old age, the joints of the body are liable to ~, dgn meningkatnya umur, sendi-sendi akan mudah menjadi pegal;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
arthriticadj 1. of, rel to arthritis, artritis: ~ pains, sakit artritis; 2. affected with arthritis, a. (of person) berpenyakit artritis: an ~ old woman, perempuan tua yg berpenyakit artritis; b. (of part of body), /dihinggapi, kena/ penyakit artritis: ~ joints, sendi-sendi yg dihinggapi penyakit artritis;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pin jointn sendi cemat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
knee -jointn sendi lutut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hip-jointn sendi, paha /pinggul, paha/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
growing painsn 1. sakit-sakit sendi (krn hendak membesar); 2. (fig.) masalah peringkat permulaan: the car industry is still suffering from its ~, industri kereta masih lagi menghadapi masalah peringkat permulaan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hock 1 n (of animal) pergelangan kaki belakang, sendi tarsus, hok.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hingen engsel: a door ~, engsel pintu; ~ joint, sendi engsel;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas