Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sen.di] | سندي

Definisi : 1. = ~ tulang = tulang ~ = persendian tempat ruas tulang (bahagian anggota) berhubung, perhubungan tulang-tulang: takut dan dahsyatlah ia, menggeletar segala ~ anggotanya; 2. = persendian tempat ber-sambungnya dua benda (spt pintu dll), sam-bungan yg boleh dilipat-lipatkan, engsel; 3. simpai (bingkai, ikatan, dll) pd sesuatu, salut; ~ bahu tempat berhubungnya tulang pangkal lengan dgn tulang belikat; ~ engsel sendi yg bertindak spt engsel, yg hanya membolehkan pergerakan pd satu satah, mis sendi siku; ~ kata kata yg menghubungkan dua kata atau ayat, kata penghubung; ~ lesung sendi yg terbentuk di antara hujung tulang yg ber-bentuk separuh bulat dgn hujung tulang yg berbentuk lesung, yg membolehkan anggota digerakkan dgn bebas, mis sendi bahu dan sendi pinggul; ~ lutut sendi yg menghubungkan tulang betis dgn tulang paha; bersendi, bersendi-sendi 1. ada sendinya, berhubungan antara satu dgn yg lain dgn sendi: periksa kepala lipas dgn kanta tangan dan perhatikan sesungutnya yg panjang dan ~; 2. bersalut dgn, bersimpai dgn, berbingkai dgn: ... suatu perasapan emas, ~ suasa, berselang dgn permata; bagai tanduk ~ gading prb hal keadaan yg tidak sepadan; menyendi 1. memberikan bersendi; 2. = menyendi-nyendi memotong (mengerat) kaki-kaki binatang yg disembelih; 3. menyalut: pakaiannya drpd baldu dan drpd timah, disendi dgn perak, rupanya spt sisik naga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sen.di] | سندي

Definisi : 1. = batu ~ batu pengalas tiang rumah dll, batu pengganjal; 2. ki dasar, asas, lunas, pegangan; bersendi memakai batu sendi (alas, peng-ganjal); bersendikan 1. memakai (menggunakan) sesuatu sbg batu sendi; 2. berdasarkan, berasaskan, berpegang pd (sbg pedoman): tuntutan adat yg ~ hukum; kita patut insaf bahawa masing-masing bahasa moden di dunia ini ~ suatu sistem yg tertentu; menyendi membubuh batu sendi (di bawah tiang dll); menyendikan, mempersendikan men­dasar-kan sesuatu pd, mengasaskan; persendian asas, dasar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sen.di] | سندي

Definisi : 1 = ~ tulang, = persendian bahagian tempat ruas-ruas tulang berhubung antara satu dgn yg lain: Segenap ~nya terasa sakit-sakit. 2 = persendian bahagian tempat ber­sambungnya dua benda; sambungan pd sesuatu yg dpt dilipat-lipat; engsel. ~ lesung sendi yg bahagian hujungnya bulat dan terletak dlm rongga utk memungkinkan anggota digerakkan dgn bebas (spt pd sendi paha atau sendi tangan). ~ paha sendi pd paha. ~ tangan sendi pd tangan. bersendi berhubung antara satu dgn yg lain dgn sendi; ada sendinya. bersendi-sendi banyak sendinya: Sesungutnya panjang dan ~. menyendi 1 memberi ber­­sen­di. 2 mengerat sendi-sendi binatang yg disembelih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sen.di] | سندي

Definisi : 1 = batu ~ batu yg digunakan utk mengalas tiang rumah. 2 ki sesuatu yg digunakan sbg dasar; asas: Rukun Negara dijadikan ~ pembangunan masyarakat baru. bersendi memakai batu sendi: Rumah kampung ke­banyakannya tidak ~. bersendikan 1 mempunyai sesuatu sbg sendi: Rumah itu ~ batu. 2 menggunakan sesuatu sbg dasar atau sbg pegangan; berasaskan: Gerakan politik yg ~ ajaran Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sendi
Kata Terbitan : persendian, bersendi, menyendi,

Puisi
 

Ingin pergi Kuala Tembelang,
     Tamat berjalan Kuala Cik Bilang;
Sakit di sendi ubat di tulang,
     Mana penyakit bolehkan hilang.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
acroarthritisakroartritisPerubatanTiadaArtritis yang melibatkan sendi-sendi di hujung anggota.
space trusskekuda ruangMekanikGunaanKekuda yang trbina dalam bentuk 3-D. Sendi-sendi ruang terdiri daripada bebola dan soket. Lihat juga kekuda ruang mudah.
rheumatismreumatismePentadbiran PerniagaanTiadaSebarang gangguan yang melibatkan sakit pada otot-otot dan sendi-sendi.
adductor sesamoidaduktor sesamoidPerubatanTiadaTulang kecil di dalam tendon atau ligamen sendi pergelangan tangan, patela ibu jari kaki dan tangan dan boleh mengganggu pergerakan sendi-sendi ini.
stiflestifelVeterinarPraklinikalSalah satu sendi di kaki belakang. Sendi stifel terdiri daripada sendi femorotibia; femoropatela dan proksimal tibiofibula. Sendi ini dibentuk oleh kondil femur distal; dua meniskus intra-artikul dan tibia proksimal. Sendi stifel didukung oleh ligamen kolateral medial dan kolateral lateral pada sisinya; dan dua ligamen krusiat intra-artikul yang mengikat tulang tibia kepada tulang femur pada pertengahan sendi.
neurogenic arthropathyartropati neurogenikPerubatanTiadaSejenis osteoartritis yang dicirikan oleh sendi yang membesar akibat degenerasi tisu yang berkenaan, berikutan dengan trauma berulang yang tidak disedari; trauma ini berlaku akibat kehilangan kederiaan. Penyakit ini melibatkan sendi-sendi lutut, pergelangan kaki, pinggul dan tulang belakang. Keadaan ini disebut juga artropati Charcot.
synovial jointsendi sinovialSains SukanBiomekanikSendi yang mempunyai rawan di bahagian hujung tulang, berfungsi untuk melancarkan pergerakan. Contoh sendi sinovial ialah sendi yang terdapat di bahagian siku, lutut, bahu, pinggul dan pergelangan kaki.
static arthropathyartropati statikPerubatanTiadaGangguan sesuatu sendi akibat gangguan sendi lain yang terdapat pada anggota yang sama. Misalnya, gangguan pada sendi lutut yang disebabkan oleh gangguan pada sendi pinggul anggota yang berkenaan.
hock jointsendi ketingVeterinarPraklinikalSendi yang terhasil daripada gabungan tulang tarsus. Sendi keting merupakan persendian antara gabungan tibia dengan fibula di bahagian proksimal dan metatarsus di bahagian distal. Sendi ini dikenali juga sebagai sendi tarsus.
articular capsulekapsul sendiSains SukanBiomekanikBahagian yang terbina daripada tisu penyambung yang mengelilingi sendi sinovial. Tisu penyambung melekat pada tulang di kedua-dua belah sendi. Lihat juga sendi sinovial.
12345678910...

Kembali ke atas