Kurik Kundi Merah Saga | Ayam todak sendiri batang, Sorok menyorok depan perahu; Abang hendak sendiri datang, Suruh-menyuruh saya tak mahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau naik tangga sendiri, Jangan pula takut terjongkit; Dipandang orang berlari-lari, Dipandang sendiri terjingkit-jingkit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hormat dulu diri sendiri, Itulah tanda orang yang mulia; Jangan dikejar gunung yang berlari, Hilang kabus nampaklah dia. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sejuk tubuh diri sendiri, Hendak membuat barang makanan; Nampak pulau sebelah kiri, Melihat beting sebelah kanan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hujan emas negeri orang, Hujan batu negeri sendiri; Abang jauh duduk seorang, Adik di sini ternanti-nanti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cuba-cuba menanam sirih, Cekor ada tumbuh sendiri; Cuba-cuba bertambat kasih, Kalau ada tunjukkan diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tidak teras bintang, Suluh menyuluh luar perahu; Kalau hendak sendiri datang, Suruh menyuruh kita tak tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kemili sejunjung naik, Mari digali dengan pahat putar; Ibu bapa sendiri jemputlah naik, Saya sudah bentangkan tikar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau sudah tenggiri datang, Hulur kembang di luar perahu; Kalau hendak sendiri datang, Cari ganti tempat yang tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan todak tenggiri batang, Suluh menyuluh di dalam perahu; Tuan hendak sendiri datang, Suruh menyuruh saya tak mahu. |