Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sendiri-sendiri

Puisi
 

Kalau naik tangga sendiri,
     Jangan pula takut terjongkit;
Dipandang orang berlari-lari,
     Dipandang sendiri terjingkit-jingkit.


Lihat selanjutnya...(63)
Peribahasa

Macam orang biduk.

Bermaksud :

Orang yang makan dan minum bersama-sama tetapi bayar sendiri-sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(203)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAyam todak sendiri batang, Sorok menyorok depan perahu; Abang hendak sendiri datang, Suruh-menyuruh saya tak mahu.
Kurik Kundi Merah SagaKalau naik tangga sendiri, Jangan pula takut terjongkit; Dipandang orang berlari-lari, Dipandang sendiri terjingkit-jingkit.
Kurik Kundi Merah SagaHormat dulu diri sendiri, Itulah tanda orang yang mulia; Jangan dikejar gunung yang berlari, Hilang kabus nampaklah dia.
Kurik Kundi Merah SagaSejuk tubuh diri sendiri, Hendak membuat barang makanan; Nampak pulau sebelah kiri, Melihat beting sebelah kanan.
Kurik Kundi Merah SagaHujan emas negeri orang, Hujan batu negeri sendiri; Abang jauh duduk seorang, Adik di sini ternanti-nanti.
Kurik Kundi Merah SagaCuba-cuba menanam sirih, Cekor ada tumbuh sendiri; Cuba-cuba bertambat kasih, Kalau ada tunjukkan diri.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tidak teras bintang, Suluh menyuluh luar perahu; Kalau hendak sendiri datang, Suruh menyuruh kita tak tahu.
Kurik Kundi Merah SagaKemili sejunjung naik, Mari digali dengan pahat putar; Ibu bapa sendiri jemputlah naik, Saya sudah bentangkan tikar.
Kurik Kundi Merah SagaKalau sudah tenggiri datang, Hulur kembang di luar perahu; Kalau hendak sendiri datang, Cari ganti tempat yang tahu.
Kurik Kundi Merah SagaIkan todak tenggiri batang, Suluh menyuluh di dalam perahu; Tuan hendak sendiri datang, Suruh menyuruh saya tak mahu.
1234567

Kembali ke atas