Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sendiri-sendiri

Puisi
 

Kalau naik tangga sendiri,
     Jangan pula takut terjongkit;
Dipandang orang berlari-lari,
     Dipandang sendiri terjingkit-jingkit.


Lihat selanjutnya...(63)
Peribahasa

Macam orang biduk.

Bermaksud :

Orang yang makan dan minum bersama-sama tetapi bayar sendiri-sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(203)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Makin banyak orang, makin banyak niat.Tiap-tiap orang mempunyai pendapat (kemahuan) sendiri-sendiri; makin banyak orang makin banyak pula pendapat dan kemahuannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Macam orang biduk.Orang yang makan dan minum bersama-sama tetapi bayar sendiri-sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lubuk dalam si kitang-kitang yang empunya.Masing-masing orang itu dengan daerahnya sendiri-sendiri. kilang -kilang = sejenis ikan laut.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.Tiap-tiap orang mempunyai pendapat (kemahuan) sendiri-sendiri; makin banyak orang makin banyak pula pendapat dan kemahuannya. (Biasa juga: Ramai beragam, rimbun menyelara).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ukur baju di badan sendiri.Kejahatan diri sendiri janganlah diukur dengan kejahatan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Biasa di sayak dibawa ke dulang, biasa kepada awak dibawa kepada orang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anak sendiri disayang, anak tiri dibengkeng.Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak kandung ditimang-timang, anak tiri ditengking-tengking).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memperhujankan (= menghujani) garam sendiri.Menghina kaum keluarganya sendiri. (Bandingkan dengan: a. Maukah [mahukah] orang menghujankan garamnya?, b. Membasahkan garam sendiri).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menepuk (= mencapak) air di dulang, terpercik muka sendiri juga.Menceritakan cela cacat sendiri atau keluarganya, maka diri sendiri juga yang dapat malu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hujan emas di negeri orang, hujan batu (= keris lembing) di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri.Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anak kandung ditimang-timang, anak tiri ditengking-tengking.Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak sendiri disayang, anak tiri dibengkeng).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678910...

Kembali ke atas