Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sendiri-sendiri

Puisi
 

Kalau naik tangga sendiri,
     Jangan pula takut terjongkit;
Dipandang orang berlari-lari,
     Dipandang sendiri terjingkit-jingkit.


Lihat selanjutnya...(63)
Peribahasa

Macam orang biduk.

Bermaksud :

Orang yang makan dan minum bersama-sama tetapi bayar sendiri-sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(203)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
self-incompatibilityketidakserasian sendiriPertanianAgronomi

 Berkaitan keadaan yang menghalang persenyawaan sendiri. Ketidakserasian sendiri berlaku disebabkan perbezaan biokimia antara debunga dengan stigma yang menghalang pembentukan tiub debunga, seterusnya menghalang persenyawaan. Oleh itu, tiada biji benih dihasilkan.

home-rule (self-government)kerajaan sendiri/pemerintahan sendiriSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
egoismegoismeKesusasteraanTiadaSikap mementingkan diri sendiri atau berasakan diri sendiri lebih penting daripada orang lain. Egoisme membenarkan individu itu berasa megah, dan menganggap dirinya sebagai asing daripada individu yang lain Dalam sastera, watak egoisme ialah watak yang mementingkan diri sendiri, memandang rendah pada pendapat orang lain, sering menampilkan dirinya kepada umum, suka menarik perhatian orang, dan bermegah dengan pandangan sendiri. Banding ego.
self destructionkemusnahan diriPerubatanTiadaTindakan yang memudaratkan diri sendiri, contohnya mencederakan diri sendiri.
direct advertisingperiklanan langsungKomunikasiTiadaPeriklanan yang dilakukan secara langsung melalui media milik sendiri atau yang dibuat sendiri seperti menggunakan sampul kecil, risalah dan lain-lain.
social isolationpengasingan sosialPerubatanTiadaKesepian yang dialami oleh pesakit akibat dipinggirkan atau pesakit itu sendiri yang mengasingkan dirinya sendiri. Keadaan ini membawa kesan negatif kepada pesakit.
autophagyautofagiBioteknologiTiadaPenampungan keperluan hidup sendiri dengan cara menyerap hasil metabolisme yang dihasilkan oleh mikroorganisma itu sendiri, misalnya penggunaan glikogen yang terdapat dalam sel yis itu sendiri.
drop outlantun keluarSukanTiadaTendangan lantun yang dilakukan dalam atau di garisan 22 m kawasan sendiri selepas melakukan letak sendiri.
oral self-mutilationmencederakan mulut sendiriPergigianTiadaPerbuatan mencederakan tisu mulut sendiri dalam kalangan kanak-kanak. Perbuatan ini diperoleh melalui tabiat yang dilakukan berulang kali. Insiden ini lebih meluas dalam kalangan kanak-kanak cacat mental. Kanak-kanak yang mencederakan diri sendiri dianggap tidak normal dari segi psikologi dan perlu mendapatkan penilaian psikologi dan rawatan. Tisu yang kerap dicederakan ialah bibir, gusi, lidah dan mukosa mulut. Alat pelindung tisu atau kekangan boleh digunakan bagi mengendalikan kes ini.
self-referencedpenilaian sendiriPendidikanTiadaPenilaian yang dibuat sendiri oleh pelajar atau guru atas pencapaiannya berbanding dengan kriteria tertentu atau pencapaian yang lalu, biasanya secara ujian diagnostik.
12345678910...

Kembali ke atas