Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = dgn ~ 1. tidak bercampur (berteman dll) dgn yg lain, seorang diri; 2. secara automatik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sendiri (kata nama)
1. Bersinonim dengan tubuh diri: diri, kediri,
Berantonim dengan orang lain

2. Bersinonim dengan seorang diri: tidak berkawan, berseorangan,
Berantonim dengan berteman

3. Bersinonim dengan sendiri-sendiri: masing-masing

4. Bersinonim dengan hak diri: kepunyaan peribadi, milik diri,

5. Bersinonim dengan terpisah: terasing, tersisih, terpencil, tercerai,

Kata Terbitan : sendirinya, bersendiri, menyendiri, menyendirikan, tersendiri, ketersendirian, sendirian, bersendirian, kesendirian, persendirian, penyendirian, penyendiri,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AUTOGIRO

Autogiro ialah sejenis pesawat yang lebih berat

daripada pesawat udara yang disokong di udara oleh

sebuah rotor dan bukannya sayap yang terpasang

tetap, sebagaimana yang terdapat pada kapal

terbang. Kebanyakan autogiro mempunyai sayap

pendek, kontot untuk perimbangan. Rotor autogiro

berputar dengan sendirinya apabila ia melalui udara.

Pesawat ini berbeza daripada helikopter, yang

rotornya digerakkan oleh sebuah enjin. Tujuan utama

enjin autogiro ialah menghasilkan tolakan yang

menarik kenderaan itu meluncur di udara.

UMUM 
POLONIUM

Polonium ialah unsur kimia yang mempunyai

simbol Po. Ia merupakan satu unsur logam

radioaktif yang luar biasa. Ia ditemui oleh pasangan

ahli fizik Perancis, Marie dan Pierre Curie, pada

tahun 1898. Mereka menamakannya “polonium”

sempena nama negara Poland, tempat lahir Marie

Curie. Polonium terbentuk dengan sendirinya dalam

bijih uranium picblend. Kebanyakan polonium

dihasilkan secara buatan dengan menembak

bertalu-talu bismut, sejenis logam dengan neutron.

UMUM 
PAK PANDIR

PAK PANDIR, nama watak dalam cerita jenaka Melayu, sastera rakyat.  Pak Pandir ialah watak utama dalam cerita jenaka Melayu yang menggunakan judul yang sama.  Pak Pandir dan isterinya Mak Andeh berhuma di hujung kampung yang terpencil.  Pak Pandir berwatak lurus dan tidak bertindak melakukan sesuatu dengan sendirinya melainkan setelah disuruh oleh isterinya.  lsterinya lebih bijak daripadanya dan kerana kelurusannya, Pak Pandir dianggap sebagai bodoh dan dungu.

SASTERATokoh

Kembali ke atas