Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sen.du/.sen.du/] | ٢ سندوق

Definisi : sj tumbuhan (pokok), bebulan, bulan-bulan, membulan, sesenduk, Endos-permum malaccense; daun ~ sj tumbuhan (herba), Plantago major. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata senduk-senduk

Puisi
 

Main sengat pantang dipegang,
     Main senduk bawa berlaga;
Main semangat berjuang gelanggang,
     Main meredah hujan tenaga.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Senduk dan periuk lagi berantuk.

Bermaksud :

Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Berani senduk pengedang, air hangat direnanginya.Berani dengan membuta tuli. senduk pengedang = senduk pencedok air panas dari periuk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Senduk dan periuk lagi berantuk.Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Senduk berdegar-degar, nasi habis budi dapat.Membuat pekerjaan yang kurang baik, akhirnya akan mendapat malu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Senduk besar tak mengenyang.Banyak janji tetapi tidak ditepati; banyak bicara, tetapi tak ada buktinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bertongkat senduk (= tempurung).Orang yang sangat tua.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Senduk dengan belanga lagi berlaga.Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi, c. Senduk dan periuk lagi berantuk).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk.Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi, b. Senduk dan periuk lagi berantuk, c. Senduk dengan belanga lagi berlaga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi.Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Senduk dan periuk lagi berantuk, c. Senduk dengan belanga lagi berlaga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kulai-balai bagai petai sisa pengait (= dikait).Orang yang lemah-lembut gerak gerinya. (Biasa juga: Kulai-balai bagai senduk didukung). kulai-balai = tergantung lemah, terayun-ayun.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas