Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.nga.ja] | سڠاج

Definisi : = dgn ~ 1. memang diniatkan (dimak-sudkan dll) lebih dahulu, memang diniatkan begitu: penyair ~ ingin berbeza drpd orang biasa; bukan sahaya ~ ke mari, dihantar ombak ditumpu angin; 2. = bersengaja dibuat-buat, sahaja: geli benar hatinya melihat tingkah laku Iskandar yg ~ itu; menyengaja berbuat sesuatu dgn sengaja; menyengajakan melakukan sesuatu dgn sengaja: Zainal menyambut pertanyaan itu dgn senyum yg disengajakan; kesengajaan perihal (perbuatan) sengaja, sesuatu yg disengajakan: soal ~ watak-watak dlm ‘Salina’ melakukan dosa tidak pernah dibicarakan oleh pengulas-pengulas lain sebelum Shahnon Ahmad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.nga.ja] | سڠاج

Definisi : memang diniatkan atau dimak­sudkan begitu; memang dgn niat ter­lebih dahulu: Dia ~ tidak mahu datang. Kemalangan itu berlaku dgn tidak ~. menyengaja berbuat sesuatu yg se­ngaja: Saya ~ supaya dia tahu akan ke­hadiran saya. menyengajakan me­la­kukan dgn sengaja: Perbalahan itu me­mang disengajakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sengaja (kata kerja)
Bersinonim dengan memang berniat, asa, sengeleng, sahaja;,
Kata Terbitan : bersengaja, menyengajakan, kesengajaan,

Puisi
 

Cik Ali menikam pari,
     Tala suntung tala sumpit;
Bukan sengaja saya ke mari,
     Bawa pantun dengan nasib.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Korek lubang ulat.

Bermaksud :

Sengaja mencari perselisihan.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam min, mana satu betul: 1.Sengaja dia tidak menghabisi ayat supaya Naufal makin tertanya-tanya. 2.Sengaja dia tidak menghabiskan ayat supaya Naufal makin tertanya-tanya. 1.Dia mengemas rumahnya dengan gembira. 2.Dia mengemasi rumahnya.

Ayat yang betul ialah “Sengaja dia tidak menghabiskan ayat supaya Naufal makin tertanya-tanya.” dan “Dia mengemas rumahnya dengan gembira.”.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 190 dan 202.

Tatabahasa18.01.2024
Contoh ayat: Setiap bungkus nasi lemak sengaja dibungkus banyak-banyak. Dan hanya berharga dua puluh sen sebungkus. Dalam ayat ini, adakah 'dan' dalam ayat ini berfungsi sebagai penanda wacana atau kata hubung? Bolehkah 'dan' digunakan pada pangkal ayat? Sekian, terima kasih.Dalam ayat ini, dan berfungsi sebagai kata hubung gabungan yang menyambungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Oleh itu, dan perlu diletakkan di tengah, bukan permulaan ayat.  (Setiap bungkus nasi lemak sengaja dibungkus banyak-banyak dan hanya berharga dua puluh sen sebungkus). Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 251. Tatabahasa03.07.2010
Apakah maksud 'daya usaha' dalam konteks ayat ini: 'Hal ini sengaja dilakukan kerana kerajaan tidak mahu disalah anggap bahawa mendayausahakan kelahiran MMM ini ialah upaya kerajaan dan bukannya industri media.' Bolehkah frasa ini digunakan sedemikian?

Maksud “daya usaha”  dalam konteks ayat ini usaha, ikhtiar, keupayaan melaksanakan sesuatu

Ayat yang betul ialah “Hal ini sengaja dilakukan kerana pihak kerajaan tidak mahu disalah anggap bahawa yang  mendayausahakan penubuhan MMM ini ialah pihak kerajaan dan bukannya industri media.'”

 

Tatabahasa19.06.2020
saya keliru dengan penggunaan perkataan 'ter'. apekah fungsi dalam penggunaan bahasa. contoh kedai kereta terpakai.setahu saya 'ter' untuk perbuatan tidak sengaja. terima kasih.Imbuhan teR juga memberi pengertian dalam keadaan tersedia. Dalam hal ini "terpakai" bermaksud "sedia dipakai". Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 175.Tatabahasa23.03.2010
Bolehkah beiritahu saya perbezaan terhantuk,terhempas,terlanggar dan tertendang terima kasih

Menurut Kamus Dewan Perdana, terhantuk bermaksud kena pada sesuatu dengan agak kuat tanpa sengaja. Terhempas ialah jatuh dengan pantas dan kuat. Terlanggar ialah melanggar sesuatu atau seseorang dengan tidak sengaja. Manakala tertendang pula ialah terusir, terkeluar dan sebagainya daripada persatuan, jawatan dan lain-lain.

Makna16.10.2021
Saya ingin bertanya soalan. Apakah peranan DBP bagi menyelaraskan penggunaan laras bahasa sastera dengan laras bahasa sukan kerana sejak belakangan ini, terdapat segelintir penulis skrip yang sengaja mencampurkan kedua-dua laras bahasa tersebut dalam penyampaian mereka.Maklum balas daripada pihak tuan amat dihargai.Salam Tuan, Untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perkara ini, tuan bolehlah menghubungi pegawai di Bahagian Penyelidikan Sastera di talian 03-21479232. Terima kasih.Lain-lain27.08.2014
Assalamualaiku, bagaimanakah penggunaan tanda baca yang setepatnya? Mengapakah dalam buku Garis Panduan Penulisan dan Penerbitan Teks Hadith oleh DBP menggunakan tanda baca sebegitu? Contoh: Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang sengaja berdusta terhadapku, maka hendaklah dia mengambil tempat duduknya di dalam neraka." Soalan saya, mengapakah digunakan tanda noktah bertindih selepas Rasulullah SAW bersabda? Mengapa tidak digunakan koma. Hujah saya, kerana selepas itu disusuli dialog/petikan kata/hadis. Atau adakah sebab tertentu yang boleh pihak tuan/puan jelaskan? Terima kasih.Untuk makluman puan, buku Garis Panduan Penulisan dan Penerbitan Teks Hadith merupakan buku terbitan Kementerian Dalam Negeri bukan Dewan Bahasa dan Pustaka.Tatabahasa26.11.2019
1. Bagaimana menulis nama kelab. Adakah perlu menggunakan huruf besar pada setiap pangkal. Contoh: a) Dia mendaftar masuk dalam Kelab Sains dan Matematik 2. Bagaimana menulis nama hari-hari khas yang sengaja dicipta, contohnya Minggu Bahasa Melayu. Perlukah diletakkan tanda petik, atau perlulah menggunakan huruf besar pada setiap pangkal perkataan itu?Nama kelab dan nama hari yang dikemukakan merupakan nama khas dan perlu ditulis bermula dengan huruf besar. Ejaan yang betul ialah Kelab Sains dan Matematik, Minggu Bahasa Melayu.Ejaan20.01.2012
Mencederai seseorang atau mencederakan seseorang yang betul penggunaannya?Kedua-duanya betul bergantung pada konteks makna yang hendak dimaksudkan. Walau bagaimanapun, perkataan “mencederai” merujuk perbuatan mendatangkan cedera kepada seseorang atau sesuatu tanpa sengajaTatabahasa25.06.2023
Cikgu, ayat "Dia menerjunkan anjingnya ke dalam sungai" bermaksud dia menyuruh anjingnya terjun ke dalam sungai atau bermaksud dia membiarkan anjingnya terjun ke dalam sungai sedangkan dia tidak mempedulikan anjingnya?"Dia menerjunkan anjingnya ke dalam sungai" bermaksud dengan sengaja menyebabkan anjingnya terjun sama ada dengan menyuruh atau menolak anjingnya sehingga terjun ke sungai.Lain-lain23.12.2014
123

Kembali ke atas