Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.nga.ja] | سڠاج

Definisi : = dgn ~ 1. memang diniatkan (dimak-sudkan dll) lebih dahulu, memang diniatkan begitu: penyair ~ ingin berbeza drpd orang biasa; bukan sahaya ~ ke mari, dihantar ombak ditumpu angin; 2. = bersengaja dibuat-buat, sahaja: geli benar hatinya melihat tingkah laku Iskandar yg ~ itu; menyengaja berbuat sesuatu dgn sengaja; menyengajakan melakukan sesuatu dgn sengaja: Zainal menyambut pertanyaan itu dgn senyum yg disengajakan; kesengajaan perihal (perbuatan) sengaja, sesuatu yg disengajakan: soal ~ watak-watak dlm ‘Salina’ melakukan dosa tidak pernah dibicarakan oleh pengulas-pengulas lain sebelum Shahnon Ahmad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.nga.ja] | سڠاج

Definisi : memang diniatkan atau dimak­sudkan begitu; memang dgn niat ter­lebih dahulu: Dia ~ tidak mahu datang. Kemalangan itu berlaku dgn tidak ~. menyengaja berbuat sesuatu yg se­ngaja: Saya ~ supaya dia tahu akan ke­hadiran saya. menyengajakan me­la­kukan dgn sengaja: Perbalahan itu me­mang disengajakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sengaja (kata kerja)
Bersinonim dengan memang berniat, asa, sengeleng, sahaja;,
Kata Terbitan : bersengaja, menyengajakan, kesengajaan,

Puisi
 

Cik Ali menikam pari,
     Tala suntung tala sumpit;
Bukan sengaja saya ke mari,
     Bawa pantun dengan nasib.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Korek lubang ulat.

Bermaksud :

Sengaja mencari perselisihan.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Sengaja mencari untung dari nama P. Ramlee?Mohd Kamarudin MusaBerita Minggu19.06.1983
'Bukan sengaja cari alasan': Norish jelaskan kejadian 'pengsan'...Ramlah ZainalHarian Metro30.07.2008
Pengkritik sengaja melagakan2 penulis dengan ahli2 panelHashim AwangMingguan Malaysia02.05.1982
Awang sengaja lepas geramZaman Azad KhanMingguan Tempo30.01.1994
Penganjur sengaja memperlekehkan bahasa MelayuAkhbar:  Utusan Malaysia01.03.2000
Bukan Sengaja Berkasar DenganmuSri DiahMingguan Wanita07.11.1997
Swasta sengaja ketepi bahasa MelayuAzmi Abdul MalekBerita Harian31.08.2004
Singapura sengaja lemahkan kebolehan MelayuZin MahmudUtusan Malaysia12.12.2000
Masalah teater sengaja dicariZahmy Haji YusufWatan05.06.1990
Aku Tak SengajaMaznie LieBorneo Mail04.06.1995
123

Kembali ke atas