Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.nga.ja] | سڠاج

Definisi : = dgn ~ 1. memang diniatkan (dimak-sudkan dll) lebih dahulu, memang diniatkan begitu: penyair ~ ingin berbeza drpd orang biasa; bukan sahaya ~ ke mari, dihantar ombak ditumpu angin; 2. = bersengaja dibuat-buat, sahaja: geli benar hatinya melihat tingkah laku Iskandar yg ~ itu; menyengaja berbuat sesuatu dgn sengaja; menyengajakan melakukan sesuatu dgn sengaja: Zainal menyambut pertanyaan itu dgn senyum yg disengajakan; kesengajaan perihal (perbuatan) sengaja, sesuatu yg disengajakan: soal ~ watak-watak dlm ‘Salina’ melakukan dosa tidak pernah dibicarakan oleh pengulas-pengulas lain sebelum Shahnon Ahmad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.nga.ja] | سڠاج

Definisi : memang diniatkan atau dimak­sudkan begitu; memang dgn niat ter­lebih dahulu: Dia ~ tidak mahu datang. Kemalangan itu berlaku dgn tidak ~. menyengaja berbuat sesuatu yg se­ngaja: Saya ~ supaya dia tahu akan ke­hadiran saya. menyengajakan me­la­kukan dgn sengaja: Perbalahan itu me­mang disengajakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sengaja (kata kerja)
Bersinonim dengan memang berniat, asa, sengeleng, sahaja;,
Kata Terbitan : bersengaja, menyengajakan, kesengajaan,

Puisi
 

Cik Ali menikam pari,
     Tala suntung tala sumpit;
Bukan sengaja saya ke mari,
     Bawa pantun dengan nasib.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Korek lubang ulat.

Bermaksud :

Sengaja mencari perselisihan.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
individu yang mengetahuinya. Fungsi tersorok ini membenarkan pengumpulan data terlarang, eksploitasi hak fungsian, pemalsuan data, atau keupayaan menghapus data tanpa perakuan pemilik data. Kod kuda Trojan disertakan dalam perisian secara sengaja oleh penerbit perisian tersebut atau secara tersembunyi oleh pengatur cara perisian untuk tujuan hasad. atur cara lelabah (Ig. spider program; Br. atur cara lelabah; Id. program laba-laba) Atur cara system integrity; Br. integriti sistem; Id. integritas sistem) Jaminan bahawa semua perkakasan dan perisian dalam sistem komputer tidak akan menyebabkan pengubahsuaian data atau kelancaran aplikasi dalam sistem tersebut secara tidak sengaja atau dengan cara yang bercanggah dengan arahan pengguna. Internet (Ig. Internet) Rangkaian komputer antarabangsa yang terdiri daripada beribu-ribu rangkaian komputer. Rangkain ini menggunakan protokol komunikasi TCP/IP. Bermula dengan

Kembali ke atas