Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ngal] | سڠل

Definisi : 1. berasa sakit-sakit pd sendi (kerana perjalanan darah tertahan dll), kaku, kebas, pegal: ~ kaki (tangan); 2. = ~ tulang sj penyakit tulang (reumatisme); ~ pinggang sakit (pegal) pinggang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ngal] | سڠل

Definisi : ; sengal-sengal = ~ nafas susah ber-nafas, sesak nafas: dgn nafas ~, diberikannya wang lima puluh sen kpd perempuan tua itu; tersengal-sengal termengah-mengah (nafas). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ngal] | سڠل

Definisi : berasa sakit-sakit (kaku) pd sendi-sendi tulang: ~ kaki; ~ tangan. ~ pinggang sakit pinggang. ~ tulang penyakit yg menyebabkan penghidapnya berasa sakit-sakit pd sendi-sendi, tulang dan otot. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sengal (adjektif)
Bersinonim dengan sakit-sakit sendi, kaku, kebas, pegal, berdenyut-senyut, geronyot;,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bagaimanakah menggunakan istilah 'rasa' dan ' berasa' dengan betul dalam pembinaan ayat?

Mengikut Kamus Dewan, kata “rasa” mempunyai makna (i) perihal sesuatu yg dikecap oleh lidah, keadaan yg dialami oleh bahagian tubuh, contohnya rasa  manis, tawar, masam, masin. Contoh ayat: Rasa badanku seperti dibakar dengan api. Makna (ii) tabiat sesuatu benda yang menimbulkan rasa.  Contohnya: gula manis  rasanya . Makna (iii) rasa hati keadaan hati terhadap sesuatu: rasa sedih (kecewa, pilu, senang).  Makna (iv) anggapan tentang baik buruk (salah benar) pendapat, fikiran: rasa adil dan saksama; pada rasa saya.

 

Kata “berasa” pula bermaksud (i) mendapat rasa (yang dialami oleh bahagian badan) seperti berasa sakit. Contoh ayat: Kakinya berasa sengal.  (ii) mempunyai rasa seperti masin dan manis ;Contoh ayat: Kerana banyak sangat garam, masakan itu berasa sangat masin; (iii) mengalami rasa di dalam hati seperti berasa suka, marah, geram. Contoh ayat: orang Melayu lekas berasa tersinggung.

Makna14.03.2014

Kembali ke atas