Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ngal] | سڠل

Definisi : 1. berasa sakit-sakit pd sendi (kerana perjalanan darah tertahan dll), kaku, kebas, pegal: ~ kaki (tangan); 2. = ~ tulang sj penyakit tulang (reumatisme); ~ pinggang sakit (pegal) pinggang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ngal] | سڠل

Definisi : ; sengal-sengal = ~ nafas susah ber-nafas, sesak nafas: dgn nafas ~, diberikannya wang lima puluh sen kpd perempuan tua itu; tersengal-sengal termengah-mengah (nafas). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ngal] | سڠل

Definisi : berasa sakit-sakit (kaku) pd sendi-sendi tulang: ~ kaki; ~ tangan. ~ pinggang sakit pinggang. ~ tulang penyakit yg menyebabkan penghidapnya berasa sakit-sakit pd sendi-sendi, tulang dan otot. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sengal (adjektif)
Bersinonim dengan sakit-sakit sendi, kaku, kebas, pegal, berdenyut-senyut, geronyot;,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
acute rheumatic feverdemam reumatik akutPerubatanTiadaPenyakit yang diakibatkan terutamanya oleh infeksi streptokokus hemolisis, yang dicirikan oleh demam, sengal-sengal pada sendi dan sering kali inflamasi jantung, nodul pada kulit dan ruam.
KecubungDatura metelPertanianTiadaSejenis renek daripada famili Solanaceae. Daunnya jenis ringkas berbentuk ovat dan tepinya sinuat. Pokok ini ditanam sebagai tumbuhan hiasan. Bunganya berbentuk corong dan berwarna putih. Buah bentuk bulat berduri dan mengandungi banyak biji. Daunnya digunakan secara luaran untuk sengal-sengal tulang, sakit sendi, terseliuh dan sakit telinga. Daun dan bunganya dibuat pupuk bersama bawang merah (Allium cepa) dan halia (Zingiber officinale) untuk mengubati sengal tulang. Hirisan daun dihisap seperti rokok untuk mengubati lelah dan resdung. Daun yang dilayur ditampal pada bahagian bawah abdomen untuk melegakan sembelit. Buahnya sangat beracun serta mempunyai kesan narkotik dan anestetik (bius) yang boleh menyebabkan khayal dan menghilangkan rasa sakit gigi.
allopurinolalopurinolSosiologiTiadaSebatian yang berfungsi sebagai perencat enzim xantina oksidase, dan digunakan untuk merawat sengal sendi
allopurinolalopurinolKimiaTiadaSebatian yang berfungsi sebagai perencat enzim xantina oksidase, dan digunakan untuk merawat sengal sendi
Datura metelkecubungHerbaBotani dan BioteknologiPokok renek daripada famili Solanaceae. Daunnya jenis ringkas berbentuk ovat dan tepinya sinuat. Pokok ini ditanam sebagai tumbuhan hiasan. Bunganya berbentuk corong dan berwarna putih. Buahnya berbentuk bulat berduri dan mengandungi banyak biji. Daunnya digunakan secara luaran untuk merawat sengal tulang, sakit sendi, terseliuh dan sakit telinga. Daun dan bunganya dibuat pupuk bersama bawang merah (Allium cepa) dan halia (Zingiber officinale) untuk mengubati sengal tulang. Hirisan daun dihisap seperti rokok untuk mengubati lelah dan resdung. Daun yang dilayur ditampal pada bahagian bawah abdomen untuk melegakan sembelit. Buahnya sangat beracun serta mempunyai kesan narkotik dan anestetik yang boleh menyebabkan khayal, dan boleh menghilangkan sakit gigi.
Peperomia pellucidaketumpang airHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan herba bersaiz kecil dan beraroma dalam famili Piperaceae, dikenali juga sebagai rangu-rangu. Tumbuhan ini tumbuh di kawasan lembap dan teduh seperti di dalam pasu bunga dan tepi longkang. Batangnya licin, lembut dan mengandungi air. Daunnya kecil dan berbentuk jantung, berwarna hijau muda, licin dan berkilat. Bunganya sangat kecil dan tersusun pada jambak yang panjang dan padat. Buahnya kecil dan bulat. Air rebusan keseluruhan tumbuhan ini digunakan untuk menyembuhkan sengal dan lenguh tulang. Cecair pada batang digunakan untuk merawat sakit atau ketegangan pada mata. Daun yang dihancurkan dipupuk di kepala untuk menghilangkan demam dan sakit kepala. Jus daunnya diperah untuk mengubati sakit perut dan demam. Daun dan batangnya mengandungi kariofilena, alkohol, seskuiterpena, eter aromatik dan bahan antibakteria.

Kembali ke atas