Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ngau] | سڠاو

Definisi : dgn bunyi suara yg keluar melalui hidung apabila bercakap; huruf ~ huruf (spt n, ng) yg dilafazkan dgn mengeluarkan udara melalui rongga hidung; sengau-sengauan bercakap-cakap spt orang sengau; menyengaukan melafazkan (huruf dll) dgn bunyi yg keluar melalui hidung: vokal ‘i’ yg berlaku selepas atau sebelum konsonan ‘n’ spt pd perkataan ‘ini’, disengaukan; sengauan bunyi sengau, sebutan sengau; kesengauan sifat (keadaan atau bunyi) sengau: ~ yg sengaja dibuat-buat utk menyindir sese-orang; penyengauan perbuatan menyengaukan sebut-an (sesuatu huruf). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ngau] | سڠاو

Definisi : 1 keadaan atau sifat bunyi yg dikeluarkan dr hidung: huruf ~ huruf yg diucapkan melalui rongga hidung (spt n, ng). 2 dgn suara me­lalui hidung (ketika bercakap). me­nyengaukan menyebut sesuatu dgn sengau; mengucapkan dgn bunyi melalui hidung: Dia sengaja ~ suaranya. kesengauan keadaan atau sifat sengau. penyengauan perbuatan atau hal menyengaukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sengau


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cikgu, 1. Apakah yang dimaksudkan dengan "bentuk sengau"? 2. Apakah maksud "daerah artikulasi" dan "homorganik"? 3. Adakah soalan saya dalam no.1 dan no.2 terdapat di dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga? Jika terdapat cikgu sila nyatakan muka surat tersebut. Terima kasih.1. Sengau adalah dengan bunyi suara yg keluar melalui hidung apabila bercakap; huruf ~ huruf (spt n, ng) yg dilafazkan dgn mengeluarkan udara melalui rongga hidung; sengau-sengauan bercakap-cakap spt orang sengau; menyengaukan melafazkan (huruf dll) dgn bunyi yg keluar melalui hidung: vokal i yg berlaku selepas atau sebelum konsonan n spt pd perkataan ini, disengaukan; sengauan bunyi sengau, sebutan sengau; kesengauan sifat (keadaan atau bunyi) sengau: ~ yg sengaja dibuat-buat utk menyindir sese-orang; penyengauan perbuatan menyengaukan sebut-an (sesuatu huruf).

2. Artikulasi bermaksud cara atau proses menyebut bunyi atau kata dgn jelas; Homorganik ialah istilah linguistik untuk huruf konsonan yang disebut dari posisi yang sama seperti huruf m, p dan b.

Tidak ada maklumat terperinci tentang ini dalam sumber rujukan kami, sila rujuk buku linguistik seperti buku Linguistik: Teori dan Aplikasi, terbitan UKM.  Saya cadangkan puan mendapatkan buku "Asas-asas Fonetik" tulisan Prof. Dr. Norhashimah Jalaluddin, dan juga buku "Asas-asas Fonologi" tulisan Prof. Dr. Zaharani Ahmad.
Tatabahasa07.05.2014
Yang mana betul, "mententeramkan" atau "menenteramkan"?

Perkataan yang betul ialah Menenteramkan. Kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k dan s termasuk di dalam jenis me-. Dalam hal ini, huruf pertama dalam kata dasar berubah menjadi bentuk sengau yang sama daerah artikulasinya iaitu m bagi p, n bagi t, ng bagi k dan ny bagi s, seperti contoh yang berikut; pesan= memesan, tetap= menetap, tari = menari, salin= menyalin, sinar= menyinar, serah= menyerah.

Tatabahasa10.10.2018
Tuan, Saya ingin bertanya tentang imbuhan suatu perkataan. Contohnya, perkataan "menyerah" yang berasal dari kata dasar" serah" ini, mempunyai imbuhan "men" atau "meny". Terima kasih atas perhatian.Kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k dan s termasuk di dalam jenis me-. Dalam hal ini, huruf pertama dalam kata dasar berubah menhadi bentuk sengau yang sama daerah artikulasinya iaitu m bagi p, n bagi t, ng bagi k dan ny bagi s, seperti contoh yang berikut;
pesan= memesan, tetap= menetap, tari = menari, salin= menyalin, sinar= menyinar, serah= menyerah.

Untuk makluman, tiada imbuhan awalan meny- dalam tatabahasa bahasa Melayu.
Tatabahasa01.02.2013
Kabul ialah kata pinjaman. Mengapa bila diberi imbuhan peN penjadi pengabul? Bukankah sepatutnya yang betul pengkabul?Untuk makluman, peN- menjadi pe- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan beberapa huruf dan sebahagian daripadanya ialah huruf p, t, k dan s. Dalam hal ini, huruf pertama dalam kata dasar luluh dan digantikan dengan bentuk sengau yang dilafazkan pada tempat yang sama daerah artikulasinya (homorganik) dengan bunyi pertama dalam kata dasar, iaitu m bagi p; n bagi t; ng bagi k; dan ny bg s. Untuk makluman lanjut, mohon rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 108-109.Tatabahasa14.01.2017
Salam sejahtera, kita sedia maklum bahawa awal Pe apabila bergabung dengan kata dasar s akan berubah menjadi sy seperti penyelam. Namun, mengapakah terdapat kata seperti pesilat dan pesawah? Sekian, terima kasih.Bukan semua kata dasar yang bermula dengan huruf s akan luluh huruf pertamanya dan digantikan dengan bentuk sengau, iaitu ny apabila menerima awalan pe-. Dalam perkataan pesilat dan pesawah, huruf s tidak akan luluh apabila bergabung dengan awalan pe- kerana imbuhan yang digandingkan pada kata dasar tersebut tidak melibatkan apa-apa perubahan pada bunyi awal kata dasar dan dari aspek makna kata dasar itu sendiri.Sastera15.04.2021
1. Adakah perkataan-perkataan berikut betul imbuhannya: Pengoperasian, Pengwujudan, Mempastikan. Jika salah, apakah imbuhan yang betul. 2. Bagaimanakah mengeja perkataan pra persaraan atau prapersaraan atau pra-persaraan? Adakah terpakai untuk semua perkataan yang bermula dengan pra?

1. Pengoperasian tidak perlu diberikan imbuhan dan memadai dengan operasi sahaja kerana perkataan operasi bermaksud kegiatan, gerakan atau perjalanan sesuatu proses, alat dan sebagainya. Imbuhan yang betul bagi perkataan wujud ialah pewujudan bukannya pengwujudan, manakala perkataan mempastikan salah dan yang betulnya ialah memastikan kerana huruf "p" diawal perkataan pasti itu luluh apabila diberi imbuhan men-...kan. Huruf pertama dalam kata dasar berubah menjadi bentuk sengau yang sama daerah artikulasinya(homoganik) ialah m bagi p, n bagi t, ng bagi k, dan ny bagi s. Contohnya, pesan-memesan, pukul-memukul, tetap-menetap, tari-menari, karang-mengarang, kaji-mengkaji, salin-menyalin, dan sinar-menyinar.

2. Perkataan tersebut ditulis sebagai satu perkataan, iaitu prapersaraan kerana "pra-" ialah awalan produktif yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa06.04.2009
Yang manakah ejaan yang betul? Pensejarahan/penyerajahanEjaan yang betul ialah penyejarahan. Hal ini disebabkan kata dasar bagi kata ini bermula dengan huruf s iaitu sejarah. Huruf pertama dalam kata dasar luluh apabila bergabung dengan awalan peN- dan digantikan dengan bentuk sengau ny. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008: 109).Tatabahasa25.07.2022
Apakah perbezaan "persejarahan" dan "pensejarahan". Saya mencari di PRPM tapi hanya "persejarahan" sahaja ada. Boleh pihak tuan terangkan imbuhan bagi kedua-dua kata tersebut?. Sekian, terima kasih.

Perkataan pensejarahan tiada dalam PRPM kerana kata yang dimasukkan ialah penyejarahan. Hal ini disebabkan kata dasar bagi kata ini bermula dengan huruf s iaitu sejarah. Huruf pertama dalam kata dasar luluh apabila bergabung dengan awalan peN- dan digantikan dengan bentuk sengau ny. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008: 109).

 

Takrif dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (DBP, 2005) adalah seperti yang berikut:

persejarahan perihal sejarah, yg berkaitan dgn sejarah: hakikat keilmuan dan persejarahan yg ditunjukkan oleh al-Quran;

penyejarahan penulisan sejarah: Raja Ali Haji membawa suatu unsur baru dlm penyejarahan Melayu.

Lain-lain12.06.2021
Hai, Saya ingin tahu apakah imbuhan untuk perkataan seperti menyusun, memakai, menolong dan mengayuh? Semasa saya di bangku sekolah rendah, apa yang saya belajar ialah meny, mem, men dan meng. Tetapi, kebelakangan ini, saya nampak ada buku yang menyatakan bahawa imbuhan untuk perkataan di atas ialah me. Sila bantu untuk pastikan. Sekian, terima kasih.Dalam bahasa Melayu, terdapat imbuhan awalan meN-, iaitu awalan yang membentuk kata kerja aktif, sama ada transitif atau tak transitif. Awalan ini mempunyai empat bentuk varian, bergantung pada huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya, iaitu me-, mem-, men-, dan meng-.

Imbuhan bagi menyusun, menolong dan mengayuh ialah me-, iaitu kata dasar yang bermula dengan huruf p.t,k dan s. Huruf pertama dalam kata dasar berubah menjadi bentuk sengau yang sama daerah artikulasinya, iaitu m bagi p, n bagi t,  ng bagi k dan ny bagi s.
Tatabahasa12.02.2015
As-Salam Sidang Editor Khidmat Nasihat Bahasa DBP, Saya merupakan seorang pelajar sarjana yag kini sedang menjalankan kajian dlm bidang pendidikan bahasa Melayu berkaitan dengan isu penaksiran. Di sini saya ingin mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan ketepatan istilah dan ejaan yang digunakan bagi perkataan PENAKSIRAN & PENTAKSIRAN yg menimbulkan kekeliruan bagi pihak saya untuk membuat definisi yg tepat bagi kajian yg saya jalankan. Menurut tokoh bahasa yg dirujuk, perbezaan ejaan bagi perkataan taksir ini timbul akibat faktor espistemologi yg mendokong kefahaman seseorang ahli bahasa. Justeru saya mohon penjelasan lanjut berkaitan hal ini. Sekian terima kasih atas keprihatinan pihak editor memberikan perhatian yg sewajarnya terhadap hal ini.Dalam proses pembentukan kata bahasa Melayu, kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k dan s huruf pertamanya luluh dan digantikan dengan bentuk sengau yang dilafazkan pada tempat yang sama daerah artikulasinya (homorganik) dengan bunyi pertama dalam kata dasar, dan huruf n menggantikan huruf t. Contohnya tulis - menulis dan taksir (kira, hitung, nilai) - menaksir. Oleh itu, kata terbitan yang betul ialah menaksir, penaksir dan penaksiran. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan atau penyusun buku Tatabahasa Dewan antaranya Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim atau Prof. Dr. Hashim Haji Musa.Tatabahasa13.11.2011
12

Kembali ke atas