Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[seng.ke.nit] | سڠکنيت

Definisi : sj kutu (pd binatang), cengkenit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[seng.ke.nit] | سڠکنيت

Definisi : sj kutu yg menghisap darah pd binatang (lembu dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sengkenit


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SENGKENIT LEMBU

Sengkenit lembu , juga dikenali sebagai

sengkenit demam Texas, ialah pembawa penyakit

demam Texas, sejenispenyakit lembu. Sengkenit

ini berbentuk bulat dan berwarna perang

berangan. Ia membawa organisma bersel

satu yang menyebabkan penyakit

tersebut. Sengkenit ini menyuntik organisma

satu sel tersebut ke dalam badan lembu

dengan air liurnya semasa ia

menghisap bendalir badan lembu.

Organisma satu sel ini akan membiak

dalam darah lembu dan memusnahkan korpuskel

darah merah.

UMUM 
SENGKENIT

Sengkenit ialah haiwan halus yang menghisap

darah, yang berkaitan dengan hama, labah-labah

dan kala jengking. Sengkenit berbentuk bujur. Ia

adalah parasit, iaitu ia hidup pada haiwan-haiwan

lain. Sengkenit dan hama menyebabkan pelbagai

penyakit pada manusia dan pada haiwan bela jinak.

Sengkenit sering membawa kuman penyakit

tertentu dalam badannya dan memindahkan kuman

ini ke dalam darah mangsanya. Kadangkala gigitan

sengkenit adalah beracun. Ada kes gigitannya

menyebabkan lumpuh. Bagaimanapun, kes

demikian tidak biasa berlaku, dan mangsa biasanya

pulih dengan cepat apabila sengkenit dibuang.

UMUM 
DEMAM SENGKENIT

Demam sengkenit ialah nama bagi beberapa

penyakit yang disebabkan oleh gigitan sengkenit.

Ini termasuk demam sengkenit Colorado, demam

berulang, demam berbintik Pergunungan

Rocky dan demam Texas.

UMUM 
SENGKENIT PENGEMIS

Sengkenit pengemis ialah dua jenis

tumbuhan yang mempunyai buah yang kecil,

leper bak biji. Buah ini atau ulasnya boleh melekat

pada bulu haiwan atau pada pakaian. Buahnya

menyerupai sengkenit. Manusia dan haiwan

membantu tumbuhan ini dengan membawa

bijinya dari tempat ke tempat.

UMUM 
KALA JENGKING

Kala jengking ialah haiwan kecil yang

mempunyai sengat beracun di ekornya. Kala

jengking bukanlah serangga. Ia tergolong dalam

kelas haiwan yang dikenali sebagai araknid yang

termasuk labah-labah, tungau, dan sengkenit.

UMUM 
TIFUS

Tifus ialah mana-mana satu daripada kumpulan

penyakit yang penting yang disebabkan oleh

riketsia . Riketsia ialah organisma halus yang

kelihatan seperti bakteria tetapi berkelakuan

seperti virus (lihat Riketsia ). Pada badan manusia,

organisma ini memusnahkan lapisan dan dinding

pembuluh darah, menyebabkan pendarahan dan

ruam kulit. Sesetengah jenis kuman ini menjangkiti

haiwan dan juga manusia. Ahli sains sering

menamakan haiwan yang dijangkiti “reservoir”

penyakit ini. Penyakit tifus boleh dijangkiti daripada

manusia kepada manusia atau daripada haiwan

kepada manusia melalui, kutu, pinjal, sengkenit,

atau hama. Terdapat beberapa jenis tifus, termasuk

tifus epidemik, murin dan skrub dan pelbagai

demam bawaan sengkenit .

UMUM 

Kembali ke atas