Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[seng.ku.rat] | سڠکورت

Definisi : sj tumbuhan (pokok) dlm famili Elaeocarpaceae, sanga burung, medang, kungkurad dan parius-parius (Sabah), empedu, perdoh dan sanga (Sarawak), Elaeocarpus spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sengkurat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sengkuratsengkuratPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Elaeocarpus spp. daripada famili Elaeocarpaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah sanga burung dan medang; di Sabah ialah kungkurad dan parius-pariu; di Sarawak ialah empedu, perduh, dan sanga. Elaeocarpus apiculatus dan E.obtusus. Gubal kayu sengkurat sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna putih kekuningan hingga ke coklat kemerahan. Tekstur kayunya halus dan sekata, dengan ira yang lurus atau bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 465 hingga 785 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang agak sederhana keras dan sederhana berat. Kayu ini mudah dikerjakan dan dikemas siap, mengering dengan perlahan, kurang tahan dan sukar diawet. Kayu sengkurat digunakan untuk kotak, alas angkut, anak mancis, papan cetak venir, papan lapis.

Kembali ke atas