Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
seni (adjektif)
Bersinonim dengan halus, kecil;,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pencak silat ___________ salah satu seni mempertahankan diri. Penggunaan kata pemeri manakah yang sesuai dalam konteks ayat di atas, ialah atau adalah? Apakah alasannya?Jawapan yang tepat ialah: Pencak silat ialah salah satu seni mempertahankan diri.Tatabahasa03.03.2016
Yang manakah betul? Seni Pertahanan diri ATAU seni mempertahankan diri. terima kasih.

Menurut data kami, jawapan yang betul ialah seni mempertahankan diri.
Lain-lain10.02.2017
Yang manakah betul? 'janji temu' ATAU ' temu janji', ' seni pertahanan diri' ATAU 'seni mempertahankan diri'. Terima kasih.

Janji temu dan seni mempertahankan diri.

Lain-lain24.04.2009
saya ingin mendapatkan beberapa kepastian drpd pihak tuan. seni mempertahankan diri atau seni pertahanan diri betul? kereta mainan atau kereta permainan? bolehkah pihak tuan memberikan penerangan yang terperinci? terima kasih.pertahanan bermaksud menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah  manakala mempertahankan bermaksud menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah atau menjaga supaya tidak terancam, melindungi atau membela. Oleh yang demikian jawapan yang betul ialah seni mempertahankan diri.

mainan bermaksud benda yang digunakan (oleh kanak-kanak) untuk bermain manakala permainan merujuk kepada sesuatu yang digunakan untuk bermain. Oleh yang demikian jawapan yang betul ialah kereta mainan.

Tatabahasa08.04.2011
Boleh minta nasihat tentang keraguan di bawah? Yang mana betul - seni mempertahankan diri atau seni pertahanan diri? Terima kasihPertahanan bermaksud menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah  manakala mempertahankan bermaksud menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah atau menjaga supaya tidak terancam, melindungi atau membela. Oleh yang demikian jawapan yang betul ialah seni mempertahankan diriTatabahasa05.04.2020
1. Saya ingin mengetahui sama ada wujud terjemahan bagi teknik dan istilah dalam bidang sukan yang berkaitan dengan seni beladiri. Contohnya: knife-hand block, break-falls, back kick, side thrust-kick, rear-choke hold, palm-heel strike dan beberapa istilah lain. Adakah saya perlu mengekalkan istilah tersebut atau menukarnya mengikut kesesuaian? 2. Apakah terjemahan yang paling tepat untuk frasa 'Martial Arts for People with Disabilities'? Adakah' Seni Mempertahankan diri bagi golongan hilang upaya' atau 'Seni beladiri bagi golongan hilang upaya'? Terima kasih1. Cadangan bagi istilah yang berkenaan ialah "back kick - tendang balas". Namun begitu, bagi istilah lain yang dinyatakan, Saudara boleh mengeja secara garis miring.
2. Cadangan terjemahan bagi 'Martial Arts for People with Disabilities' ialah ? "Seni Mempertahankan Diri bagi Orang Kurang Upaya".
Penyemakan dan penterjemahan30.10.2015
Salam sejahtera, En. Sulaiman, Boleh saya tahu, apakah macam mana nak bezakan penggunaan 'diri' dan 'diri sendiri'. Jawapan encik didahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. Be LanPerkataan "diri" boleh merujuk kepada diri orang itu sendiri dan boleh merujuk diri orang lain. Contoh ayat : Silat ialah salah satu seni mempertahankan diri.
Perkataan "diri sendiri" merujuk kepada diri individu.  Contoh ayat:  Ahmad sudah besar dan boleh menguruskan diri sendiri.
Lain-lain20.10.2014
Salam sejahatera! Bagaimana cara untuk mengeja perkataan kongfu? Adakah kongfu atau kong fu? Sekian, terima kasih!

Ejaan yang betul ialah kung fu yang bermaksud seni sukan mempertahankan diri terutamanya dalam kalangan orang Cina, yang menggunakan tangan dan kaki untuk pertahanan dan serangan.

Ejaan16.10.2021
Bolehkah "fighter" diterjemahkan sebagai petarung? Dalam tinju terdapat peninju. Dalam silat terdapat pesilat. Dalam gusti terdapat penggusti. Dalam pertarungan haruslah ada petarung, iaitu seseorang yang tidak tertumpu pada satu bentuk seni bela diri sahaja. Ahli bela diri pula tidak sesuai kerana mereka bukan membela diri tetapi bertarung.Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud 'fighter' ialah pejuang yang bermaksud orang yang berjuang untuk merebut, mencapai, mempertahankan sesuatu manakala merujuk istilah sasar bagi tarung pula ialah berkelahi, berlaga, berperang, bertempur, berbantah atau berdebat. Maka perkataan pejuang lebih sesuai digunakan bagi seseorang yang ingin merebut, mencapai atau mempertahankan sesuatu perkara atau benda.Makna01.12.2021

Kembali ke atas